wahaidiriku

X to Pacaran.. (video rock rohani)

November 6, 2009 · 2 Comments

→ 2 CommentsCategories: cinta islamie
Tagged: , ,

Kenangan Aidilfitri 1430H

October 14, 2009 · Leave a Comment

UpinDanIpin_Raya

“Nenek, nak cakap dengan makSu…” anak buahku telefon.

 Ibu ku pun memangil daku yang baru sahaja selesai menunaikan solat maghrib.

“Nie anak buah kamu nak cakap”

 Aik, tak pernah2 budak nie nak cakap telefon aku…  terlintas dalam diri.

 “MakSu, bila nak datang?” tny anak buahku..

 Chewah, cair hati ku… Padahal tiap2 minggu je jumpa.. Apakah niat sebenar anak buah ku ini.. hehe.. Layan..

nak duit raya?! Raya 1430H, Raya pertama wahaidiri bergaji :)

So dah maklum lah kanak2 ini, gaji = duit raya

Sekurang-kurangnya dia tidak meminta, tapi daku tau dia mengharap.. hehe..

 

 

Seronok melihat keceriaan kanak2 yang suci nie gembira…

Selain itu juga, pada ayah ibu yang berjasa huhu, sebak..

Dan membahagiakan golongan yang dalam kesulitan.

Inilah salah satu nikmat raya.. Eid Mubarak!

 

Wahaidiri, Madrasah Syawal sinambungan daripada Madrasah Ramadhan…

Bulan syawal ini sebagai tarbiyyah dan muhasabah pada diri jua..

 

kebangkitan pemuda islamTeringat pesanan Prof. Dr. Yusuf Al-Qardhawi dalam buku Kebangkitan Pemuda Islam – Suatu kemajuan yang harus dibimbing bukan ditentang

  1. 1. Hiduplah Bersama Masyarakat
  2. 2. Berprasangka Baik Pada Sesama Muslim

Terasa sangat sesuai dengan “bulan raya” ini, yang amat menggalakan kita menziarah dan memohon maaf dengan lapisan masyarakat.  Melayan orang-orang tua.. Menjadi kanak-kanak riang jua.. Dan berkongsi pengalaman dengan remaja..

 Subhanallah, Luas nya skill-skill dakwah!

 

Terdetik dalam diri, banyak aspect dalam diriku ini masih kekurangan..!

Diri ini agak pendiam, walaupun kehendak hati ini ingin bermesra…

Belasah jer, pecahkan tembok keseganan (dengan bertempat)… Soalan2 cepu emas dilontarkan supaya diri ini sedar akan diri ini yang lemah…

 

Kenangan di pagi raya -> Bersama mak dan ayah

kasih ayah dan ibuSalam kemaafan dengan hati yang sangat sebak. Banyak dosa telah daku lakukan dengan sengaja maupun tidak. Telahkah kita memberi sepenuh kasih sayang dan perhatian setiap hari bagaimana ayah dan ibu kita berikan pada kita sejak kecil dahulu? Maupun ayah dan ibu sentiasa berbeza pendapat dengan kita yang dewasa ini, telahkah kita berhikmah usaha dan mendoakan mereka?

 

Ya Allah, ampunilah ibu bapa kami, rahmatilah mereka, maafkan mereka, dan uzurkan kekurangan-kekurangan mereka. Tempatkan mereka di dunia rahmat-Mu, dan Akhirat redha-Mu, Ameen

 

Kenangan minggu raya pertama -> Bersama saudara mara

Masya Allah, lama tak bertatapan mata… Ada yang telah berubah fizikal (tinggi atau melebar) hehe.. dan ada jua yang tidak dikenali apabila generasi dan pertalian keluarga semakin bertambah. Dengan kesempatan lebaran ini, telahkah kita berusaha untuk bermesra dengan semua saudara mara kita dengan lebih mendalam? Atau kita sekadar senyum dari jauh?

 

Kenangan minggu raya kedua dan ketiga -> Open House

sendu sendawa

Cukup dengan chorus lagu Mestika ini sebagai pertanyaan untuk kita semua :)

 

“Dari Abu Hurairah r.a: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kiamat, maka hendaklah dia bercakap hanya perkara yang baik atau diam dan sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kiamat, maka hendaklah dia memuliakan jiran tetangganya. Begitu juga sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kiamat, maka hendaklah dia memuliakan para tetamunya” – Muttafaqun ‘Alaih

 

 Dan kini Syawal jua berlalu… Dengan memberi peringatan pada wahaidiri untuk terus mempertingkatkan diri untuk menjadi da’i yang mempunyai “magnet diri”!

 

Sungguh beruntung seorang hamba Allah yang (dijadikanNya) sebagai kunci pembuka dan sekaligus pengunci kejahatan.

 

Taqabballahu minna wa minkum

(Semoga Allah terima amalan kami dan kamu semua)

→ Leave a CommentCategories: ramadhan & syawal
Tagged: , , ,

Muhasabah Ramadhan…

September 13, 2009 · Leave a Comment

Pejam celik dah hampir 3minggu Ramadhan berlalu, Ramadhan Kareem sahabat2,

Bagaimana Ramadhanmu wahai diri?

Teringat lagu ni…

taubat_tasbih

Ramadhan..satu nasib tak serupa

Peluangnya sama..natijah berbeza

Ramadhan mereka gilang cemerlang

Mukmin berjasa di awal zaman

Ramadhan kami..

malang terbuang

Muslim berdosa di akhir zaman

Na’uzubillah… tepuk dada tanya ajalmu… adakah esok masih lagi buatmu wahai diri?

Ya Allah kenapa diri masih kurang lagi semangat mahu mengganda ibadah, sedangkan sudah Dikau janjikan gandaan bagi kami hamba-hambaMu yang memperhamba diri padaMu:

“Setiap amalan anak Adam adalah digandakan pahalanya kepada sepuluh hingga 700 kali ganda, maka berkata Allah SWT : Kecuali puasa, sesungguhnya ia adalah khas untukKu dan Akulah yang akan membalas kebaikannya, mereka meninggalkan makanan, minuman dan syahwat mereka (di siang hari) hanya keranaKu” (Riwayat Al-Bukhari & Muslim)

Jangan putus asa, sebaliknya kembali bersemangatlah..!!!

ujian

Buat akhowat yang dianugerahi uzur, sabarlah… rhedalah, usah berduka… usah iri hati..

Memangnya kadang-kadang keseorangan akan menitis air mata mengira hari- hari yang berlalu di Ramadhan… Dikaukan akhowat yang taat, pastinya taatmu dengan AKUR, RHEDA dan SYUKUR akan keuzuran pasti ada ganjaran disisiNya…

* siapa kata dirimu tidak boleh qiam tahajud?

Bangunlah akhowat, lawan ngantukmu, jangan diteruskan lenamu, tahukan Allah sedang turun ke langit dunia waktu itu?, ini buktinya,

Sabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam:

“Tuhan kami (Allah) Tabaraka wa Ta‘ala pada setiap malam turun ke langit dunia, yakni pada baki terakhir satu pertiga malam. Maka Allah berfirman: “Siapakah yang sedang berdoa kepada aku supaya dapat aku menjawabnya dan siapakah yang sedang meminta daripada aku supaya aku dapat mengabulkannya dan siapakah yang sedang meminta ampun daripada aku supaya dapat aku ampuni dia?”

(Hadis Sahih daripada Abu Hurairah radiallahu ‘anhu, dikeluarkan oleh Malik, Bukhari, Muslim dan lain-lain, lihat Sahih Muslim – no: 758)

Maka panjatkan doamu, basahkan bibirmu dgn dzikr, istigfar..

Kalau kuat lagi bukalah hadith2 kalam Allah melalui Muhammad kekasihNya…

* Siapa kata dirimu  tidak boleh membaca Al-Quran?

Bukalah alunan bacaan imam-imam, ikutlah bersama dalam hati, kalau yang hafizah masa inilah perangat balik hafazan mu ;)

Kalau takpun, gantilah dengan ditartil dan ditadabbur makna- makna ayat cintaNya, mungkin di bulan2 biasa tiada kekuatan itu, gunakan semangat Ramadhan untuk mentadabbur maksud ayat- ayat cintaNYA… Dia Maha Megetahui maksud hasrat nubarimu wahai diri!.

Tiada alasan sebenarnya…

Husnuzhonlah pada Nya… Jadikan tiap yang mendugamu peluang meraih pahala dariNya… positifkan!

Ayuh perbaiki amalan..

lailatulQadar

 

“Demi masa, sesungguhnya manusia benar-benar berada di dalam kerugian, kecualiorang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati dengankebenaran dan nasihat menasihati dengan kesabaran” (103:1-3 )

raya oh ramadhan

sesak..!

Raya-raya jugak.. jangan letih “shopping raya” balik kampong dan menghias rumah hingga letih tatkala Ramadhan berlalu begitu sahaja..!

Tips :) Niat baek2 bila shopping tu.. Beli utk keluarga ku kerana Allah taala..

Peringatan ;) Jauhi maksiat.. (tunang, BF/GF.. bukan muhrim huhu)

Kerana tika Syawal menjelma, Takbir berkumandang.. Tanda kemenangan mereka yang benar-benar bermujahadah di sepanjang Ramadhan dalam menentang hawa nafsu. Wahai diri, bagaimana Ramadhanku wahai diri..?

——————————————————————————————————————-

Peringatan: jangan lupa bayar zakat fitrah (more info: e-zakat)

Article pilihan: Me-MAKSiMUM-kan Bonus Ramadhan (petikan dari UZAR)

→ Leave a CommentCategories: ramadhan & syawal
Tagged:

Berjayakah Aku??

August 3, 2009 · 1 Comment

Masya Allah, sekian lama ku meninggal kan sesawang ini.. Terimbas kembali apa yang aku hendak kongsi, iaitu usrah pertamaku (mei 2009) setelah begelar graduan :)

Subhanallah rase tersiram kembali hati yang makin gersang ni, Alhamdulillah yaAllah…

friendshiplikegardensIftitah (bermula) dengan ta’ruf (pengenalan) ringkas,

*tak kenal susah nak cinta, alhamdulillah lepas dah kenal tak kering gusi bersama*

Seterusnya baca’an surah al-Mukminun dari ayat 1-17. Seorang sepotong ayat dan diteruskan dengan tafsir. Berbagai perspektif dapat dikupas. Terasa nikmatnya tadabbur KALAM Al-Azim..!

Teringat waktu dilatih sebagai naqibah di kampus…  Ustaz menamakan awal (1 hinggal 11) surah ni, surah ‘The Character of ‘ibadurRahman’, tapi kalini dapat lagi ilmu baru…. surah ‘Character of MUKMIN MUFLIH’,

Sebab apa?  Sebab dalam ayat-ayat itu ada disebut mengenai:

Tujuh buah sifat atau prasyarat yang mesti dipenuhi agar bisa menjadi mukmin yang muflih (MUKMIN YANG BERJAYA)!

Berjaya?? Hmm.. Baru sahaja grad terus dapat kerja, tak cukup berjaya ke?? Nak apa lagi..?!

Hehe.. Ini hikmah Allah bagi agar tidak tertipu dengan diri sendiri.. Usrah pertamaku mengingatkan daku.. aku masih belum cukup berjaya jika tidak ku temui syarat-syarat berikut.. Ayuh kte tadabbur bersama :D

alMukminun_1

Ayat ni jelas dah, Jadi orang beriman for sure ‘untung’…!

Sebagai Mukmin bukan cukup hanya dengan mengucap kalimah syahadah (saksi pada Allah & Rasul SAW),

makan tidoKemudian hidup seperti si comel, meaw2x, makan, tidur, berfoya-foya… huhu, langsung tiada keterikatan pada tuan yang bagi makan, bagi tidur, siap buat lagho’(melalaikan) lagi…!

TAKnaklah kita hanya jadi MUSLIM pada name jer kan… ramai MUSLIM dah, tapi tak MUKMIN… huhu tiada istimewanyalah kita di sisi Allah..

faqowwina yaAllah (kuatkanlah kami ya Allah)

 

alMukminun_2

Pertama-tamanya, SOLATlah tunjang utama untuk MUFLIH,

solat yang gimana :-/ pastinya yang khusyuk..!

Cakap tentang ‘khusyuk’ ni takutkan, hari-hari kita solat, kadang2 dalam banyak2, mesti ada yang terkejar2 sibuk kerja, kejar kelas, kejar makan (ade ke ? nyum2.. :D )

huhu takut solat jadi adat tapi hilang ruh & semangat ! yang penting aku solat.. titik ! Guano solat kite ???

Betul, kita manusia biasa, lainlah Nabi SAW dan sahabat2 baginda, khusyuknya mereka sampaikan panah yang tersisip kukuh dalam isi dan daging pun boleh tak terasakan sakitnya bila ditarik keluar!!

noHandphoneTETAPI kalau kita sekarang bukan setakat panah, huhu vibrate sms yang tak berbisa tu pun sudah cukup menggegar sang raja pada diri (qolbu) sewaktu solat, lantas terenggutlah makam khusyuk tertanya2 “Message dari siapela gerangannya…?”

Memang sukar untuk khusyuk apatah lagi Nabi SAW ada sebut,

“Sesungguhnya syaitan itu berlari-lari di dalam pembuluh darah anak Adam”, Imam Nawawi mensyarahkan hadith ini ‘larian si syaitan’ adalah perumpamaan ‘kerja si syaitan’ yang tiada lain hanya untuk mengganggu gugat ketenteraman anak Adam.

TETAPI ini tak boleh jadi alasan untuk tidak khusyuk, hehe ada je alasan manusia nih… memang susah nak khusyuk, tapi tak lah sampai MUSTAHILkan ?

Yang penting ta’awuz dan amalkan baca surah Al-Ikhlas sebelum mula solat, Dan bila tibe-tibe teringat lauk ayam (nyum3x) dekat dapur cepat2 istigfar..!

‘eh aku tengah solat nih, tak lari ayam tu..’

apa yang penting ??.. strive to khusyuk!!!

alMukminun_3

Tibe- tibe ukhti naqibah tanya, ‘siapa bleh guarantee dia tak cakap dan buat bende2 lagho sejak pagi tadi?’

Gulp,suma tersipu2!!!

taubatLagho: pastilah bende sia-sia yang ‘takde untung, tapi tambah rugi lagi ada’ …huhu contoh: mengumpat, mengeluh- ngeluh, bace majalah atau blog2 Tak berfaedah’.. banyak lagi la… huhu aku ker???

(Ya Allah, ampun..)

Pesan Nabi saw:

من حسن إسلام المرء تركه ما لا يعنيه»[1]»

“mukmin yang baik, adalah yang meninggalkan perkara- perkara yang tiada kaitan dengan dirinya”

[1] Hadith hasan riwayat Tirmizi.

alMukminun_4

ZAKAT… Kewajipan yang ramai antara kita selalu abaikan…

Kenapa ? Sama ke zakat dengan sedeqah ni ? Pastinya TAK! Jangan ingat dah sedeqah baik dah ! no way, SEDEQAH sunat, ZAKAT wajib  hukumnya ! beza besar tu…

Bila la wajib bayar zakat ni ? pastinya bila sudah berpendapatan sendiri $$$

duit oh duit

Apa kena mengena zakat dengan sikap orang berjaya?? Mari kita jawab soalan dengan soalan :) Rasa2nya, bagaimana sikap seseorang jika dia selalu bersedeqah tetapi dia enggan membayar zakat, sedangkan Allah seru untuk memerangi orang2 yang tidak menunaikan zakat??  kenapa dia sedeqah hingga muka masuk TV tapi dia tak tunaikan zakat, sedangkan zakat menyucikan harta?? & bayangkan kalo harta dia tak suci.. adakah hidup dia berkat??

—————————————————————————————————————

Hmm… Satu, Dua, Tiga, Empat..

Empat  perkara yang padat..

Iman, Solat, Jauh dari perkara sia2 dan Zakat..

Kita kembali  nanti untuk tujuh lagi sifat ;)

semoga kita menjadi mukmin hebat..!

berjayakah aku?? (siri:2)

→ 1 CommentCategories: aku muslim
Tagged: ,

Sahabat, andai aku pergi dahulu…

June 28, 2009 · Leave a Comment

taman ketenanganDi dalam bilik sebuah hospital terdapat dua orang pesakit. Kedua-duanya mengalami penyakit yang serius. Setiap petang, kedua pesakit ini berehat sambil bersembang tentang pelbagai pengalaman hidup masing-masing.

Katil seorang pesakit tadi terletak bersebelahan dengan jendela bilik tersebut. Setiap petang, pesakit ini akan duduk dan menikmati pemandangan di luar. Beliau menceritakan kepada rakannya keindahan yang dilihatnya di luar jendela itu.

“Jendela ini berhadapan dengan sebuah tasik indah yang dikelilingi pepohon serta bunga-bunga berwarna-warni. Anak-anak kecil bermain-main dengan riang. Burung-burung berterbangan dan pemandanagannya sungguh indah dan permai,” katanya kepada temannya itu.

Penerangan lelaki itu begitu meyakinkan sekali sehinggakan temannya dapat membayangkan suasana di luar jendela hospital itu. Rakannya sentiasa berasa bertenaga dan ceria apabila beliau mendengar gambaran yang indah itu.

biarkan aku keseorangan

Suatu petang, apabila kedua-dua lelaki itu sedang berbual seperti biasa, teman yang sedang baring atas katil yang jauh dari jendela terfikir, “Mengapa dia sahaja yang harus mendapat nikmat melihat pemandangan yang begitu indah di luar? Mengapa tidak aku?”

Perasaan cemburu mula berputik di hati pesakit ini. Dia berasa marah akan keadaan yang tidak memuaskan itu. Sepatutnya pihak hospital harus lebih adil dan memberi mereka peluang unutk menikmati pemandangan luar secara bergiliran. Lama-kelamaan, lelaki itu tidak lagi dapat menikmati gambaran temannya itu, akibat perasaannya cemburu dan tidak berpuas hati.

Sedang beberapa hari kemudian, lelaki yang berada di tepi jendela itu meninggal dunia. Temannya rasa gembira di hati, kerana ini bermakna ada peluang untuknya mendapat tempat tidur bersebelahan dengan jendela itu. Dapatlah beliau pula menikmati pemandangan yang indah dan menyejukkan mata. Beberapa hari selepas itu, pesakit yang kini keseorangna meminta izin jururawat agar beliau dipindahkan ke katil yang bersebelahan dengan jendela itu.

kesunyian

terasa kesunyian dihati..

Petang itu, lelaki tersebut perlahan-lahan membangunkan badannya yang lemah untuk menjenguk ke luar jendela.

Di hadapannya hanya tersegam sebuah tembok yang kosong…

(MUIS, NADI volume: 02/09)

——————————————————————————————————-

Wahai sahabatku,

Terlintas di hatiku, “Adakah aku sayangi sahabatku kerana Allah?”

Lalu aku teringat kata-kata Sayidina Ali:

Selemah-lemah manusia ialah orang yang tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yang mensia-siakan sahabat yang telah dicari.  – Sayidina Ali

maafkan daku

Aku mengimbas kenangan-kenangan dan  jasa-jasa kita bersama…

Subahanallah! Allah telah mengurniakan aku sahabat-sahabat untuk mentarbiyyahku dan mencerminkan diriku ini, walaupun kami saling terselisih faham dan berbeza pendapat…

Ya Allah, peliharalah persahabatan kami daripada gangguan syaitan yang sentiasa ingin melihat keretakkan ukhuwwah islamiyyah.

Sesungguhnya, aku menyayangi sahabat-sahabatku segenap jiwaku keranaMu, ya Rahman. Jauhkan kami daripada perasaan hasad dan dengki, ya Rahim.

Seorang penyair berujar:

Bila seorang teman bertutur tentang diriku,
yang memancing kemarahanku,
kumaafkan segala kesalahannya,
dan ku redam amarahku,
kerana aku cemas bila hidup tanpa seorang teman

-          Al-Mukhtar minash-Shadaqah wash-Shadiq, hlm.125.

Maafkan daku…

———————————————————————————————————————

*sahabat = aku tidak memandang kekayaan dan pangkat dunia, maupun kau kaya atau sekadar pembantu rumahku, kau tetap sahabat ku kerana Allah :) insya Allah… Mak ayah, usah risau… Kasih sayang padamu tidak akan pudar jua! ;)


→ Leave a CommentCategories: sahabat
Tagged:

Ya Allah, Aku dah Grad…

May 14, 2009 · Leave a Comment

Ya Allah,

Alhamdulillah, Alhamdulillah…

Alhamdulillahku sebanyak makhlukmu yaAllah…

Siapakah diriku selepas grad?

Siapakah diriku selepas grad?


Ya Allah aku hambaMu
anak kepada hamba lelakiMu, anak kepada hamba perempuanMu,
telah pun diiystihar sebagai graduan…

Subahanallah, pejam celik, pejam celik…
Ketegangan urat-urat otak,
Keletihan mata tidak tidur malam,
Seperti tidak dirasai dan hanya menjadi kenangan.


Ya Allah syukurku bak laut yang tak bertebing,
syukurku yang tertinggi melangkau a’rasy,
syukur yang tak terkata padaMU Robbi.
Setelah terlalu lama ku tinggal wahaidiriku ini,
kiniku pulang kembali mencatat memoir seputar hayati,
moga Allah beri kekuatan.

Pengembaraan hidup masih belum selesai…!

Ketahuilah diri, besar benar nikmat Tuhanmu ini… YaAllah mohon dilindung dari sehama rasa ujub, apa yang terakam ini adalah tanda syukur dan penghargaanku pada insan- insan luar bisa ini…

Dikesempatan ini, ingin ku rakam kasihku…

parents_with_heart

Padamu abah dan mak, sungguh tanpa tiap suapan nasi berulamkan iman dari kalian sejakku kenal erti kehidupan pastinya aku bukan aku yang hari ini.

YaAllah moga tiap titik peluh bahkan tiap titik air mata munajat mereka di sepertiga malam demi mendoakan kami anak-anaknya Allah gantikanlah dengan rahmat jua syurgaMU.

ukhuwwah

Seterusnya padamu yang bernama sahabat- sahabat fillah, kalian lah jantung hatiku , syukran sahabat atas titipan doa2 jua sms keramatmu :) moga bagimu jua kebaikan yang ada padaku.

→ Leave a CommentCategories: wahaidiriku
Tagged: ,

aku bergelar muslim…

February 26, 2009 · Leave a Comment

Wahai diri…

Terlintas di hati, siapakah diriku yang hina ini untuk membaca atau aplikasi perkara-pekara Islam.

Aku tidak bersedia lagi di untuk memakai uniform Muslim dari segi akhlaq dan amal. Warak sangat… :P

Aku nak tunggu aku berumur 21 atau aku nak tunggu kahwin atau aku nak tunggu pencen, baru aku akan menjadi full time Muslim. Baru aku akan taubat dan membaca dan mengamalkan Islam.Baru aku akan menikmati blog atau rancangan-rancangan Islam. Pernahkah terlintas di hati bila tempoh tamat hidup kita di dunia. Mungkin hari ini!!!

Awalul kalam ilal akhir, mafhumnya:

“Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan” [As-Soff: 2-3]

Bergemetar jari-jemari hatta nubari jika ditadabbur kalam Tuhanku ini. Alangkah mudah berkata-kata manis, melontar jemari menitip bait-bait rasa, bait-bait inzar. Namun… Alpa lakunya dalam diri.

Adakah kalam Allah ini, memberi peluang untuk kita “escape” dari uniform Muslim?

Mengatakan kepada diri sekali lagi, aku masih tidak layak untuk memakai uniform warak oleh itu aku tidak katakan sesuatu aku tidak akan lakukan.  Fuh, selamat..

mykad

Hmm.. Cuba check kad pengenalan. Status agama: Islam. Uniform sepatutnya dipakai: Muslim. Aduh, aku telah mengakatan sesuatu aku tidak kerjakan…! Apa yang harus ku lakukan…

Fastabiqul Khairat… Ayuh kita berlumba-lumba mengerjakan kebaikan.

Untuk mengejar syurga Allah, perlukah kita segan apabila orang lain memandang kita baik?

Adakah kita perlu segan ke masjid atau majlis ilmu tetapi bersuka ria mengajak rakan-rakan ke concert?

Inilah soalan-soalan kritis yang diri ku tanya pada waktu zaman remaja dahulu kala hingga sekarang…

Rendah diri itu baik, tetapi rendah diri hingga meninggalkan amalan soleh…???

Ya Allah, Engkau tidak akan bebani seseorang kecuali dengan kesanggupannya. Istiqamahkanlah kami untuk membantu agamu. Semarakanlah kesanggupan kami.. Ameen.

→ Leave a CommentCategories: aku muslim
Tagged: