Tarbiyah Ramadhan membawa seribu makna… Jiwa diuji dengan pelbagai suka dan duka… Semua nya untuk menguji tahap keimanan kita…
“Betapa banyak orang yang berpuasa, tapi mereka tidak mendapatkan apa-apa dari puasanya itu kecuali lapar dan dahaga” [HR. Ahmad]
Ya Allah, layak kah wahaidiri mendapat redha mu…
Tatkala diuji dengan kesenangan, wahaidiri telah hanyut dalam lautan duniawi…
Tatkala diuji dengan kesusahan, wahaidiri telah hanyut dalam lautan mencaci…
Tatkala diuji dengan masa lapang, wahaidiri telah hanyut dalam lautan kelalaian…
Tatkala diuji dengan kesibukan, wahaidiri telah hanyut dalam lautan sendirian ..
Tatkala diuji dengan kemewahan, wahaidiri telah hanyut dalam lautan pembaziran…
Tatkala diuji dengan kesempitan, wahaidiri telah hanyut dalam lautan rungutan…
Tatkala diuji dengan cinta manusia,wahaidiri telah hanyut dalam kealpaan..
Ya Allah…
meski ku rapuh dalam langkah,
kadang tak setia kepadaMu…
namun cinta dalam jiwa,
hanyalah padaMu…
Maafkanlah bila hati,
tak sempurna mencintai Mu…
dalam dadaku harap hanya,
diri Mu yang bertahta..
detik waktu terus berlalu,
semua berakhir padaMu, ya Allah…
- Rapuh: Opick
Ya Allah, Engkau Maha Pengampun dan Engkau sukakan pengampunan, ampunilah daku…
Maafkan daku…
Wahai Allah, betapa Engkau setia di sisi dikala senang dan susah ku… Sesungguhnya Kau mengetahui segala di daratan dan di lautan, dan tiada sehelai daun pun yang gugur melainkan semuanya dalam pengetahuan dan ilmu Mu…
Dan sesungguhnya Kau tau apa yang sarat terkandung di isi hatiku… Dengan mengingati Mu, ya Allah… Ku yakin, Wahaidiri akan menjadi tenang…
Semoga wahaidiri semakin tabah selepas Ramadhan yang berbaki ini… Semoga wahaidiri dalam naungan redha Mu…
Insya Allah, ya Rahman… Wahaidiri akan terus berusaha melaksanakan perintah-perintah Mu di dunia untuk akhirat demi untuk menemui Mu dengan penuh kecintaan… Sesungguhnya tiada daya dan upaya ku kecuali dengan pertolongan Mu, ya Rahim..





