Alhamdulillah wa syukurillah.. syukron kathiro..
Ramai antara kita berjaya dengan cemerlang menawan nafsu tatkala melalui Ramadhan.. Allahu jinaknya hati dengan masjid, ringan nya lisan mentartil dan mentadabbur bermuka2 surat sehari2an, cekal mengusir ngantuk untuk bangkit qiyam di sepertiga malam, ringan tangan menghulurkan sedeqah, lidah otomatik takut mencetus dosa, mata segera tertunduk malu terlihat maksiat hati sentiada dihiasi sabar husnuzon dan syukur..
Allahu kini Ramadhan sudah pergi… Pergi meninggalkan kami.. Wahaidiri, jangalah dikau menjadi hamba kepada Ramadhan..! Kerana Ramadhan kini telah pergi meninggalkan mu tanpa janji untuk pulang kembali…
Sebaliknya wahaidiri jadilah dikau hamba kepada Tuhan yang dengan Maha Pemurahnya yang menghadiahkan mu Ramadhan… Hanya Dialah Tuhan yang Maha Kekal lagi Abadan..
Siapa yang beriman dengan Ramadhan, maka sesungguhnya Ramadhan telah pergi. Sesiapa yang beriman kepada Allah, maka Allah sentiasa ada untuk menjaganya.
Sembahlah Dia dengan taqwa yang dikau tempah dan gilap melalui madrasah Ramadhan… Agar syaitan yang baru terlepas dari belenggunya tidak merdeka kerana SIAPA DIRIMU wahaidiri… Ramadhan adalah pengukur kemenangan sejati…
“Laisa ‘eid liman labisal jaded, walakin ‘eid liman khofa yaumal wa’ied”
Bukanlah hari raya bagi sesiapa yang hanya memakai pakaian yang baru, sebaliknya hari raya itu adalah bagi hamba yang takutkan hari kembalinya menghadap Tuhan..
Salam ‘eidul fitri buat sahabat2 fillah sekalian,
Taqobbalallahu minna wa minkum taqobbal ya kareem..
Mohon salah silap ku sudi dimaafkan..





