Iktibar Nasihat dari LOBAK (carrot), TELUR & BIJI KOPI…

air sedang melidih di periuk…
jangan jadi seperti lobak, bila kena “boil” terus die layu :’(
jangan jadi seperti telur, bila kena “boil:”terus die jadi keras >:(
jadi lah seperti biji kopi, bila ken “boil” terus die sebati
air sedang melidih itu bagai nasihat kita terima.. Bila ditegur, hati manusia selalu nya terasa pedih, seperti di”boil” (panas).. janganlah jadi seperti lobak atau telur , tapi jadilah seperti biji kopi yang mudah menerima nasihat..
Iktibar Redha dari sebiji tembikai
Pada suatu hari, seorang ahli sufi yang masyhur bernama Syaqiq Al-Balkhi telah membeli sebiji tembikai. Kemudian dia membawa tembikai itu pulang dan diberikan kepada isterinya.
Apabila isterinya membelah tembikai itu untuk dimakan, ternyata buah tembikai itu tidak elok, maka marah-marahlah isteri Syaqiq dengan keadaan tersebut.
Maka bertanyalah Syaqiq kepada isterinya: “Kepada siapa engkau tujukan marahmu itu, adakah kepada penjual, pembeli, penanam atau Pencipta buah tembikai itu?”
Terdiam isterinya mendengar pertanyaan tersebut. Kemudian Syaqiq teruskan lagi kata-katanya:
“Adapun si penjual, sudah tentu mahu jualannya terdiri daripada barangan yang terbaik. Adapun si pembeli juga sudah tentu mahu membeli barang yang terbaik juga. Bahkan si penanam juga sudah tentu berharap hasil tanamannya yang terbaik juga. Maka ternyatalah marahmu ini engkau tujukan kepada Pencipta buah tembikai ini. Maka bertaqwalah engkau kepada Allah dan redhalah dengan segala ketentuan Nya.”
Maka menangislah isteri Syaqiq. Lalu bertaubat dan iapun redhalah dengan apa yang telah ditentukan oleh Allah SWT.



