Monthly Archives: February 2009

aku bergelar muslim…

Wahai diri…

Terlintas di hati, siapakah diriku yang hina ini untuk membaca atau aplikasi perkara-pekara Islam.

Aku tidak bersedia lagi di untuk memakai uniform Muslim dari segi akhlaq dan amal. Warak sangat… 😛

Aku nak tunggu aku berumur 21 atau aku nak tunggu kahwin atau aku nak tunggu pencen, baru aku akan menjadi full time Muslim. Baru aku akan taubat dan membaca dan mengamalkan Islam.Baru aku akan menikmati blog atau rancangan-rancangan Islam. Pernahkah terlintas di hati bila tempoh tamat hidup kita di dunia. Mungkin hari ini!!!

Awalul kalam ilal akhir, mafhumnya:

“Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan” [As-Soff: 2-3]

Bergemetar jari-jemari hatta nubari jika ditadabbur kalam Tuhanku ini. Alangkah mudah berkata-kata manis, melontar jemari menitip bait-bait rasa, bait-bait inzar. Namun… Alpa lakunya dalam diri.

Adakah kalam Allah ini, memberi peluang untuk kita “escape” dari uniform Muslim?

Mengatakan kepada diri sekali lagi, aku masih tidak layak untuk memakai uniform warak oleh itu aku tidak katakan sesuatu aku tidak akan lakukan.  Fuh, selamat..

mykad

Hmm.. Cuba check kad pengenalan. Status agama: Islam. Uniform sepatutnya dipakai: Muslim. Aduh, aku telah mengakatan sesuatu aku tidak kerjakan…! Apa yang harus ku lakukan…

Fastabiqul Khairat… Ayuh kita berlumba-lumba mengerjakan kebaikan.

Untuk mengejar syurga Allah, perlukah kita segan apabila orang lain memandang kita baik?

Adakah kita perlu segan ke masjid atau majlis ilmu tetapi bersuka ria mengajak rakan-rakan ke concert?

Inilah soalan-soalan kritis yang diri ku tanya pada waktu zaman remaja dahulu kala hingga sekarang…

Rendah diri itu baik, tetapi rendah diri hingga meninggalkan amalan soleh…???

Ya Allah, Engkau tidak akan bebani seseorang kecuali dengan kesanggupannya. Istiqamahkanlah kami untuk membantu agamu. Semarakanlah kesanggupan kami.. Ameen.