Monthly Archives: August 2009

Berjayakah Aku??

Masya Allah, sekian lama ku meninggal kan sesawang ini.. Terimbas kembali apa yang aku hendak kongsi, iaitu usrah pertamaku (mei 2009) setelah begelar graduan 🙂

Subhanallah rase tersiram kembali hati yang makin gersang ni, Alhamdulillah yaAllah…

friendshiplikegardensIftitah (bermula) dengan ta’ruf (pengenalan) ringkas,

*tak kenal susah nak cinta, alhamdulillah lepas dah kenal tak kering gusi bersama*

Seterusnya baca’an surah al-Mukminun dari ayat 1-17. Seorang sepotong ayat dan diteruskan dengan tafsir. Berbagai perspektif dapat dikupas. Terasa nikmatnya tadabbur KALAM Al-Azim..!

Teringat waktu dilatih sebagai naqibah di kampus…  Ustaz menamakan awal (1 hinggal 11) surah ni, surah ‘The Character of ‘ibadurRahman’, tapi kalini dapat lagi ilmu baru…. surah ‘Character of MUKMIN MUFLIH’,

Sebab apa?  Sebab dalam ayat-ayat itu ada disebut mengenai:

Tujuh buah sifat atau prasyarat yang mesti dipenuhi agar bisa menjadi mukmin yang muflih (MUKMIN YANG BERJAYA)!

Berjaya?? Hmm.. Baru sahaja grad terus dapat kerja, tak cukup berjaya ke?? Nak apa lagi..?!

Hehe.. Ini hikmah Allah bagi agar tidak tertipu dengan diri sendiri.. Usrah pertamaku mengingatkan daku.. aku masih belum cukup berjaya jika tidak ku temui syarat-syarat berikut.. Ayuh kte tadabbur bersama 😀

alMukminun_1

Ayat ni jelas dah, Jadi orang beriman for sure ‘untung’…!

Sebagai Mukmin bukan cukup hanya dengan mengucap kalimah syahadah (saksi pada Allah & Rasul SAW),

makan tidoKemudian hidup seperti si comel, meaw2x, makan, tidur, berfoya-foya… huhu, langsung tiada keterikatan pada tuan yang bagi makan, bagi tidur, siap buat lagho’(melalaikan) lagi…!

TAKnaklah kita hanya jadi MUSLIM pada name jer kan… ramai MUSLIM dah, tapi tak MUKMIN… huhu tiada istimewanyalah kita di sisi Allah..

faqowwina yaAllah (kuatkanlah kami ya Allah)

 

alMukminun_2

Pertama-tamanya, SOLATlah tunjang utama untuk MUFLIH,

solat yang gimana :-/ pastinya yang khusyuk..!

Cakap tentang ‘khusyuk’ ni takutkan, hari-hari kita solat, kadang2 dalam banyak2, mesti ada yang terkejar2 sibuk kerja, kejar kelas, kejar makan (ade ke ? nyum2.. :D)

huhu takut solat jadi adat tapi hilang ruh & semangat ! yang penting aku solat.. titik ! Guano solat kite ???

Betul, kita manusia biasa, lainlah Nabi SAW dan sahabat2 baginda, khusyuknya mereka sampaikan panah yang tersisip kukuh dalam isi dan daging pun boleh tak terasakan sakitnya bila ditarik keluar!!

noHandphoneTETAPI kalau kita sekarang bukan setakat panah, huhu vibrate sms yang tak berbisa tu pun sudah cukup menggegar sang raja pada diri (qolbu) sewaktu solat, lantas terenggutlah makam khusyuk tertanya2 “Message dari siapela gerangannya…?”

Memang sukar untuk khusyuk apatah lagi Nabi SAW ada sebut,

“Sesungguhnya syaitan itu berlari-lari di dalam pembuluh darah anak Adam”, Imam Nawawi mensyarahkan hadith ini ‘larian si syaitan’ adalah perumpamaan ‘kerja si syaitan’ yang tiada lain hanya untuk mengganggu gugat ketenteraman anak Adam.

TETAPI ini tak boleh jadi alasan untuk tidak khusyuk, hehe ada je alasan manusia nih… memang susah nak khusyuk, tapi tak lah sampai MUSTAHILkan ?

Yang penting ta’awuz dan amalkan baca surah Al-Ikhlas sebelum mula solat, Dan bila tibe-tibe teringat lauk ayam (nyum3x) dekat dapur cepat2 istigfar..!

‘eh aku tengah solat nih, tak lari ayam tu..’

apa yang penting ??.. strive to khusyuk!!!

alMukminun_3

Tibe- tibe ukhti naqibah tanya, ‘siapa bleh guarantee dia tak cakap dan buat bende2 lagho sejak pagi tadi?’

Gulp,suma tersipu2!!!

taubatLagho: pastilah bende sia-sia yang ‘takde untung, tapi tambah rugi lagi ada’ …huhu contoh: mengumpat, mengeluh- ngeluh, bace majalah atau blog2 Tak berfaedah’.. banyak lagi la… huhu aku ker???

(Ya Allah, ampun..)

Pesan Nabi saw:

من حسن إسلام المرء تركه ما لا يعنيه»[1]»

“mukmin yang baik, adalah yang meninggalkan perkara- perkara yang tiada kaitan dengan dirinya”

[1] Hadith hasan riwayat Tirmizi.

alMukminun_4

ZAKAT… Kewajipan yang ramai antara kita selalu abaikan…

Kenapa ? Sama ke zakat dengan sedeqah ni ? Pastinya TAK! Jangan ingat dah sedeqah baik dah ! no way, SEDEQAH sunat, ZAKAT wajib  hukumnya ! beza besar tu…

Bila la wajib bayar zakat ni ? pastinya bila sudah berpendapatan sendiri $$$

duit oh duit

Apa kena mengena zakat dengan sikap orang berjaya?? Mari kita jawab soalan dengan soalan 🙂 Rasa2nya, bagaimana sikap seseorang jika dia selalu bersedeqah tetapi dia enggan membayar zakat, sedangkan Allah seru untuk memerangi orang2 yang tidak menunaikan zakat??  kenapa dia sedeqah hingga muka masuk TV tapi dia tak tunaikan zakat, sedangkan zakat menyucikan harta?? & bayangkan kalo harta dia tak suci.. adakah hidup dia berkat??

—————————————————————————————————————

Hmm… Satu, Dua, Tiga, Empat..

Empat  perkara yang padat..

Iman, Solat, Jauh dari perkara sia2 dan Zakat..

Kita kembali  nanti untuk tujuh lagi sifat 😉

semoga kita menjadi mukmin hebat..!

berjayakah aku?? (siri:2)

Advertisements