Monthly Archives: September 2009

Muhasabah Ramadhan…

Pejam celik dah hampir 3minggu Ramadhan berlalu, Ramadhan Kareem sahabat2,

Bagaimana Ramadhanmu wahai diri?

Teringat lagu ni…

taubat_tasbih

Ramadhan..satu nasib tak serupa

Peluangnya sama..natijah berbeza

Ramadhan mereka gilang cemerlang

Mukmin berjasa di awal zaman

Ramadhan kami..

malang terbuang

Muslim berdosa di akhir zaman

Na’uzubillah… tepuk dada tanya ajalmu… adakah esok masih lagi buatmu wahai diri?

Ya Allah kenapa diri masih kurang lagi semangat mahu mengganda ibadah, sedangkan sudah Dikau janjikan gandaan bagi kami hamba-hambaMu yang memperhamba diri padaMu:

“Setiap amalan anak Adam adalah digandakan pahalanya kepada sepuluh hingga 700 kali ganda, maka berkata Allah SWT : Kecuali puasa, sesungguhnya ia adalah khas untukKu dan Akulah yang akan membalas kebaikannya, mereka meninggalkan makanan, minuman dan syahwat mereka (di siang hari) hanya keranaKu” (Riwayat Al-Bukhari & Muslim)

Jangan putus asa, sebaliknya kembali bersemangatlah..!!!

ujian

Buat akhowat yang dianugerahi uzur, sabarlah… rhedalah, usah berduka… usah iri hati..

Memangnya kadang-kadang keseorangan akan menitis air mata mengira hari- hari yang berlalu di Ramadhan… Dikaukan akhowat yang taat, pastinya taatmu dengan AKUR, RHEDA dan SYUKUR akan keuzuran pasti ada ganjaran disisiNya…

* siapa kata dirimu tidak boleh qiam tahajud?

Bangunlah akhowat, lawan ngantukmu, jangan diteruskan lenamu, tahukan Allah sedang turun ke langit dunia waktu itu?, ini buktinya,

Sabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam:

“Tuhan kami (Allah) Tabaraka wa Ta‘ala pada setiap malam turun ke langit dunia, yakni pada baki terakhir satu pertiga malam. Maka Allah berfirman: “Siapakah yang sedang berdoa kepada aku supaya dapat aku menjawabnya dan siapakah yang sedang meminta daripada aku supaya aku dapat mengabulkannya dan siapakah yang sedang meminta ampun daripada aku supaya dapat aku ampuni dia?”

(Hadis Sahih daripada Abu Hurairah radiallahu ‘anhu, dikeluarkan oleh Malik, Bukhari, Muslim dan lain-lain, lihat Sahih Muslim – no: 758)

Maka panjatkan doamu, basahkan bibirmu dgn dzikr, istigfar..

Kalau kuat lagi bukalah hadith2 kalam Allah melalui Muhammad kekasihNya…

* Siapa kata dirimu  tidak boleh membaca Al-Quran?

Bukalah alunan bacaan imam-imam, ikutlah bersama dalam hati, kalau yang hafizah masa inilah perangat balik hafazan mu 😉

Kalau takpun, gantilah dengan ditartil dan ditadabbur makna- makna ayat cintaNya, mungkin di bulan2 biasa tiada kekuatan itu, gunakan semangat Ramadhan untuk mentadabbur maksud ayat- ayat cintaNYA… Dia Maha Megetahui maksud hasrat nubarimu wahai diri!.

Tiada alasan sebenarnya…

Husnuzhonlah pada Nya… Jadikan tiap yang mendugamu peluang meraih pahala dariNya… positifkan!

Ayuh perbaiki amalan..

lailatulQadar

 

“Demi masa, sesungguhnya manusia benar-benar berada di dalam kerugian, kecualiorang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati dengankebenaran dan nasihat menasihati dengan kesabaran” (103:1-3 )

raya oh ramadhan

sesak..!

Raya-raya jugak.. jangan letih “shopping raya” balik kampong dan menghias rumah hingga letih tatkala Ramadhan berlalu begitu sahaja..!

Tips 🙂 Niat baek2 bila shopping tu.. Beli utk keluarga ku kerana Allah taala..

Peringatan 😉 Jauhi maksiat.. (tunang, BF/GF.. bukan muhrim huhu)

Kerana tika Syawal menjelma, Takbir berkumandang.. Tanda kemenangan mereka yang benar-benar bermujahadah di sepanjang Ramadhan dalam menentang hawa nafsu. Wahai diri, bagaimana Ramadhanku wahai diri..?

——————————————————————————————————————-

Peringatan: jangan lupa bayar zakat fitrah (more info: e-zakat)

Article pilihan: Me-MAKSiMUM-kan Bonus Ramadhan (petikan dari UZAR)

Advertisements