Monthly Archives: October 2009

Kenangan Aidilfitri 1430H

UpinDanIpin_Raya

“Nenek, nak cakap dengan makSu…” anak buahku telefon.

 Ibu ku pun memangil daku yang baru sahaja selesai menunaikan solat maghrib.

“Nie anak buah kamu nak cakap”

 Aik, tak pernah2 budak nie nak cakap telefon aku…  terlintas dalam diri.

 “MakSu, bila nak datang?” tny anak buahku..

 Chewah, cair hati ku… Padahal tiap2 minggu je jumpa.. Apakah niat sebenar anak buah ku ini.. hehe.. Layan..

nak duit raya?! Raya 1430H, Raya pertama wahaidiri bergaji 🙂

So dah maklum lah kanak2 ini, gaji = duit raya

Sekurang-kurangnya dia tidak meminta, tapi daku tau dia mengharap.. hehe..

 

 

Seronok melihat keceriaan kanak2 yang suci nie gembira…

Selain itu juga, pada ayah ibu yang berjasa huhu, sebak..

Dan membahagiakan golongan yang dalam kesulitan.

Inilah salah satu nikmat raya.. Eid Mubarak!

 

Wahaidiri, Madrasah Syawal sinambungan daripada Madrasah Ramadhan…

Bulan syawal ini sebagai tarbiyyah dan muhasabah pada diri jua..

 

kebangkitan pemuda islamTeringat pesanan Prof. Dr. Yusuf Al-Qardhawi dalam buku Kebangkitan Pemuda Islam – Suatu kemajuan yang harus dibimbing bukan ditentang

  1. 1. Hiduplah Bersama Masyarakat
  2. 2. Berprasangka Baik Pada Sesama Muslim

Terasa sangat sesuai dengan “bulan raya” ini, yang amat menggalakan kita menziarah dan memohon maaf dengan lapisan masyarakat.  Melayan orang-orang tua.. Menjadi kanak-kanak riang jua.. Dan berkongsi pengalaman dengan remaja..

 Subhanallah, Luas nya skill-skill dakwah!

 

Terdetik dalam diri, banyak aspect dalam diriku ini masih kekurangan..!

Diri ini agak pendiam, walaupun kehendak hati ini ingin bermesra…

Belasah jer, pecahkan tembok keseganan (dengan bertempat)… Soalan2 cepu emas dilontarkan supaya diri ini sedar akan diri ini yang lemah…

 

Kenangan di pagi raya -> Bersama mak dan ayah

kasih ayah dan ibuSalam kemaafan dengan hati yang sangat sebak. Banyak dosa telah daku lakukan dengan sengaja maupun tidak. Telahkah kita memberi sepenuh kasih sayang dan perhatian setiap hari bagaimana ayah dan ibu kita berikan pada kita sejak kecil dahulu? Maupun ayah dan ibu sentiasa berbeza pendapat dengan kita yang dewasa ini, telahkah kita berhikmah usaha dan mendoakan mereka?

 

Ya Allah, ampunilah ibu bapa kami, rahmatilah mereka, maafkan mereka, dan uzurkan kekurangan-kekurangan mereka. Tempatkan mereka di dunia rahmat-Mu, dan Akhirat redha-Mu, Ameen

 

Kenangan minggu raya pertama -> Bersama saudara mara

Masya Allah, lama tak bertatapan mata… Ada yang telah berubah fizikal (tinggi atau melebar) hehe.. dan ada jua yang tidak dikenali apabila generasi dan pertalian keluarga semakin bertambah. Dengan kesempatan lebaran ini, telahkah kita berusaha untuk bermesra dengan semua saudara mara kita dengan lebih mendalam? Atau kita sekadar senyum dari jauh?

 

Kenangan minggu raya kedua dan ketiga -> Open House

sendu sendawa

Cukup dengan chorus lagu Mestika ini sebagai pertanyaan untuk kita semua 🙂

 

“Dari Abu Hurairah r.a: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kiamat, maka hendaklah dia bercakap hanya perkara yang baik atau diam dan sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kiamat, maka hendaklah dia memuliakan jiran tetangganya. Begitu juga sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kiamat, maka hendaklah dia memuliakan para tetamunya” – Muttafaqun ‘Alaih

 

 Dan kini Syawal jua berlalu… Dengan memberi peringatan pada wahaidiri untuk terus mempertingkatkan diri untuk menjadi da’i yang mempunyai “magnet diri”!

 

Sungguh beruntung seorang hamba Allah yang (dijadikanNya) sebagai kunci pembuka dan sekaligus pengunci kejahatan.

 

Taqabballahu minna wa minkum

(Semoga Allah terima amalan kami dan kamu semua)

Advertisements