Monthly Archives: November 2011

Seruan Illahi, Mahu Menuju Mampu

Di suatu pagi yang hening , di dalam kelas 2 Ixora yang amat ‘bertuah’.

“Menunaikan haji adalah wajib bagi setiap yang mengaku beragama Islam,” isi pengajaran hari itu.

“Biar betul, wajib ustazah?” soal Alif terkejut.

“Jadi  kalau ‘termati’ sebelum dapat pergi berdosalah? Macamtu?”  tokok Edy lagi.

Yang lain pula menambah “kalau hidup pun, tapi miskin melarat, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, tak kais alamat tak makan, macammane pulak?” Budu menambah perisa.

Di hujung  penjuru kelas Eliya termenung  jauh, “kenapa dengan kamu Eliya?, kawan-kawan sudah panas hati mendengar topik hari ini,ruh kamu sudah di kantinkah?”

“Bukan ustazah, sebenarnya… saya teringatkan opah, opah dah tua, sakit, dah tinggal sorang, Eliya rasa opah tak ada duit dah nak pergi haji, sebab dia dah banyak guna duit untuk opresyen jantung.” keluh Eliya.

Saja wahaidiri membawakan beberapa keadaan sebagai induksi diskusi bulan mulia Zulhijah,bulan difardhukan hajike baitullah al-Haram.

 “Mampukah Aku?”

 

 

 

 

 

 

Mampu itu bukan bererti perlu menunggu adanya sedebuk duit rm10,000 dikala umur masih muda, semangat sedang membara, tubuh badan tegap bertenaga, disisi ada mahram yang tersangat setia, waris yang ditinggal terjamin aman punya penjaga…

Ajaib sekali keadaan-keadaan ini akan berlaku, maka selagi tidak cukup ‘mampu’, akan terus menunggu dengan hujah “aku belum sampai seru” tanpa ada secebis usaha menuju mampu… Hanya terus menunggu, walau jua keatas hamba-hamba tertentu  yang sememangnya mampu, dengan pelbagai alasan…

“kearah memampukan diri!” bukan sekadar cukup bertanya-tanya pada diri “mampukah aku?”

Hal ini yang normanya dalam kalangan Muslim hari ini, bahkan jawapan standard yang diberi ‘belum sampai seru lagi’, sebenarnya Allah telah menyeru kita ke sana sejak Nabi Ibrahim a.s bersama zuriat solihya Nabi Ismail a.s mendirikan tapak-tapak baitullah lama dahulu…

Persoalan haji  jangan dipandang dari sudut mampu semata-mata, namun harus direnung dari sudut “mahu”… 

Harus ditanyai hati sunguh-sungguh:

“Tidak mahukah aku menjadi  tetamu Allah suatu hari nanti?”

“Bahkan telah dikhabar gembirakan oleh Baginda s.a.w fadhilat bersolat di dalam masjid yang tertanam jasad sucinya…”

“Pahala solat di Masjidil Nabawi adalah 1000 kali lebih baik daripada solat di lain-lain masjid kecuali di Masjidil Haram,”( Bukhari dan Muslim)

Subhanallah 1000x….

Mahu menuju Mampu

Kerana hanya dengan mahu sahaja seorang Muslim itu akan menyuntik rasa mampu seterusnya mampu berusaha kea rah memampukan dirinya agar diseru Allah.

Maka tiada alasan untuk tidak kita menyahutnya, wahaidiri menyeru diri & sahabat2 dikasihi, ayuhlah bermula@ meneruskan ‘mahu’ dengan:

–     Menabung atau yang mudah untuk disiplin buat potongan gaji di tabung haji.

–     Mendaftar haji, hanya RM1400. Sekurang-nya andai ajal menjemput dahulu tidaklah tergagap kita berhujah di hadapan Allah Yang Esa, kerana tiket sudah ditangan… wahaidiri, ingat yang ditanya Allah mana mahumu, mana usahamu? Bukan mampukah kamu.

Wahaidiri mengakhiri kalam di sini dahulu bersama persoalan,  Sudahkah aku MAHU memampukan diri menjadi tetamu Ilahi robbi, lantas melengkapkan rukun menjadi Muslim fulltime kepada pemilik diri..???

Allah hu Allah sudilah jemput kami, kami sedang berlari menujuMu, janganlah sakit mahupun ajal mendahului kejaran kami, jemputlah kami menjadi tetamu Mu dengan ‘mampu’ yang diterjemah dalam erti sebenar iaitu ‘mahu & usaha’.

Simpan 30sen sebulan tunai haji – bharian

Advertisements