Monthly Archives: December 2011

Hadith ke-36, Motivasi Buat Wahaidiriku..

Ungkapan Motivasi Yang Amat Sangat Bermakna Buat Wahaidiriku..

Daripada Abu Hurairah r.a. daripada Nabi SAW, Baginda telah bersabda:

1) Barangsiapa yang melepaskan seorang mukmin daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan dunia, nescaya Allah akan melepaskannya daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan Qiamat.

2) Barangsiapa yang mempermudahkan bagi orang susah, nescaya Allah akan mempermudahkan baginya di dunia dan di akhirat.

3) Barangsiapa yang menutup ke’aiban seorang muslim, nescaya Allah akan menutup ke’aibannya di dunia dan akhirat.

4) Allah sentiasa bersedia menolong hambaNya selagi mana dia suka menolong saudaranya.

5) Barangsiapa yang melalui suatu jalan untuk menuntut ilmu, nescaya Allah akan mempermudahkan baginya suatu jalan menuju ke syurga.

6) Sesuatu kaum tidak berkumpul di salah sebuah rumah-rumah Allah (iaitu masjid) sambil mereka membaca Kitab Allah dan mengkajinya sesama mereka melainkan suasana ketenangan akan turun ke atas mereka, rahmat akan melitupi mereka dan mereka akan di kelilingi oleh para malaikat dan Allah akan menyebut (perihal) mereka kepada orang-orang yang berada di sisiNya.

7) Barangsiapa yang terlambat amalannya, nescaya nasab keturunannya tidak mampu mempercepatkannya.

– Hadith Riwayat Muslim

Masya Allah, setelah wahaidiri membaca hadith ini dalam Hadith yang ke 36 daripada Kitab Hadith 40 Himpunan Imam Nawawi… Tiada ungkapan lain, selain I Love you Allah…! Fastabiqul Khairat…!

Ayuh berlumba-lumba menuju kebaikan!

عن أبى هريرة رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: مَنْ نَفَّسَ عَنْ مُؤْمِنٍ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ الدُّنْيَا، نَفَّسَ اللهُ عَنْهُ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ يَوْمِ الْقِيَامَةِ، وَمَنْ يَسَّرَ عَلَى مُعْسِرٍ، يَسَّرَ اللهُ عَلَيْهِ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ، وَمَنْ سَتَرَ مُسْلِمًا سَتَرَهُ اللهُ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ، وَاللهُ فِي عَوْنِ الْعَبْدِ مَا كَانَ الْعَبْدُ فِي عَوْنِ أَخِيهِ، وَمَنْ سَلَكَ طَرِيقاً يَلْتَمِسُ فِيْهِ عِلْماً، سَهَّلَ اللهُ لَهُ بِهِ طِرِيقاً إِلَى الْجَنَّةِ، وَمَا اجْتَمَعَ قَوْمٌ فِي بَيْتٍ مِنْ بُيُوتِ اللهِ، يَتْلُونَ كِتَابَ اللهِ وَيَتَدَارَسُونَهُ بَيْنَهُمْ، إِلاَّ نَزَلَتْ عَلَيْهِمُ السَّكِينَةُ، وَغَشِيَتْهُمُ الرَّحْمَةُ، وَحَفَّتْهُمُ الْمَلاَئِكَةُ، وَذَكَرَهُمُ اللهُ فِيمَنْ عِنْدَهُ، وَمَنْ بَطَّأَ بِهِ عَمَلُهُ لَمْ يُسْرِعْ بِهِ نَسَبُهُ  – رَوَاهُ مُسْلِمٌ بِهذَا اللَّفْظِ

GPS Redha

Kata-kata Prof Muhaya membuka minda wahaidiri seketika.. Seorang Prof yang diperakui oleh adik badik nya sendiri, sebagai seorang anak yang sangat luar biasa menjaga ibu ayah nya.. Dua pekara yang ramai insan mengambil remeh & ada pula tidak bersikap tanpa perasaan..

Redha Mak Abah & Allah s.w.t

Wahai Mak dan Abah.. Yang mengasihi kami…

Penat jerih mu, membesarkan kami dengan penuh harapan & kasih sayang… Agar kami berjaya di dunia dan di akhirat.. Pengorbanan mu tidak mampu kami membalasnya.. Kasih sayang mu, tidak dapat kami tandingi nya.. Maaf kan daku, kerana sering melukai mu..  Maaf kan daku, kerana lalai dalam tugasan ku.. Sesungguhnya, wahaidiri tau kejayaan anak-anak mu ini adalah pengubat hati mu..  Dengan izin Allah dan usaha yang bersungguh2 akan ku terapkan…  Semoga memperolehi kejayaan, Semoga pahala setiap usaha kebaikan terima disisi mu jua..

Wahai Allah..  Yang Maha Pengasih lagi Penyayang..

Redha Mu, Matlamat ku.. Walaupun ia sesuatu pekara yang susah diperlihatkan, namun Iman yang mantap tetap akan mendambakan.. Ingat lah wahaidiri, biarlah manusia tidak menghargai kamu, biarlah pujian dan cercaan berlalu.. Sesungguhnya, kasih Allah Maha Agung.. Wahaidiri, Jangan culas..

Ayuh usaha tanpa penat jemu.. Redha Allah, Redha Mak Abah.. Insya Allah ketemu.. Salam Maal Hijrah Wahaidiri.

“Ya Tuhanku, tunjukilah aku untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapa ku dan supaya aku dapat berbuat amal yang soleh yang Engkau redhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan Sesungguhnya aku Termasuk orang-orang yang berserah diri” Al-Ahqaf:15