Category Archives: cinta islamie

2 CINTA, 1 HATI

14-15 Febuari 2010 menjelang… Isnin Selasa.. Seronoknya..! Hehe bukan kerana cuti, tetapi kekasih di hati.. Erk bukan valentine..

14 Febuari 2010 jatuhnya pada hari Isnin..  Itulah hari Rasulullah s.a.w lahir, Isnin..! Boleh puasa sunnat Isnin.. 15 Febuari 2010 pula jatuhnya pada 12 Rabiu’l awal.. Maulidur Rasul.. Iaitu tarikh lahirnya Rasulullah s.a.w  🙂

Itulah dia kekasih wahaidiriku..

Sesungguhnya, cinta agung inilah yang perlu disemat dihati melebihi cinta kita kepada insan2 lain seperti suami isteri, mak ayah, sahabat andai dan keturunan kita.. apatah lagi cinta terlarang, hendaklah dijauh2kan..

Katakanlah: “Jika bapa-bapa , anak-anak , saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai dari Allah dan RasulNya dan dari berjihad di jalan nya, Maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan NYA”. dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik. (At-Taubah: 26)

Adakah kita mencintai anak, suami isteri, mak ayah, sahabat andai melebihi dari Allah dan Rasul..? Pada siapakah kita mengharapkan cinta dan kasih sayang setiap hari..?

Subahanallah, nikmat nya rasa jika diberi hadiah daripada orang yang kita sayangi… Masya Allah, tension nya rasa jika orang kita sayangi tidak membalas kasih sayang pada kita semula… Tertunggu2, bila lah si fulan ini nak menyebut perkataan sayang..

Sedangkan Allah dan Rasul s.a.w amat menyayangi kita, wahaidiri…

Rasulullah s.a.w. sanggup mengorbankan jiwa raga untuk menyelamatkan kita dari seksaan api neraka.. Allah s.w.t pula memberi segala nikmat dan kesenangan tanpa meminta sedikit pun dari kita..

Tidak pernah akan terjadi.. Tiba2 datang ke rumah.. Alamak.. sang malaikat rupanya datang sambil mengatakan.. “Salam wahai si fulan, hari ini bekalan oksigen anda akan dipotong sebab kamu tak bayar bill Iman..”

Aduhai.. Seperti diulang2 dalam Surah Ar-Rahman:

Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?

Cinta Rasulullah pada kita pula sangat luar biasa.. Hinggakan berlainan pada Nabi-nabi terdahulu terhadap umatnya..

Daripada Anas bin Malik r.a., Nabi s.a.w. bersabda: “Bagi setiap nabi terdapat doa (yang telah dikabulkan di dunia) untuk umatnya. Tetapi aku telah menyimpan doaku sebagai syafaat untuk umatku pada hari kiamat.” ( HR Bukhari dan Muslim )

Maksud hadis ini ialah setiap nabi telah mendoakan agar umatnya dibinasakan (seperti kaum Nabi Lut a.s dihujani batu yang terbakar atau kaum Nabi Noh a.s dimati lemas akibat banjir) melainkan Nabi Muhammad s.a.w. tidak mendoakan sedemikian. Ini kerana baginda akan memberikan syafaat  sebagai balasan kesabaran umatnya menanggung kesusahan didunia.

Oleh demikian wahaidiri… Dimanakah Allah dan Rasulullah s.a.w bertempat dalam diri ini..?

Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan Dia banyak menyebut Allah (Al-Ahzab:21)

Iya, Rasulullah adalah contoh terbaik untuk diikuti, uswatun hasanah jika kita ingin rahmat Allah, jika kita ingin selamat di akhirat kelak dan jika kita sentiasa mengingati Allah.. Insya Allah, sunnah2 Rasulullah s.a.w dan ajaran nya senang melekat pada diri kita bagaikan magnet.. Tidak terasa susah sedikit pun untuk melaksanakan perintah2 Allah..

Seperti gossip Paris Hilton masuk Islam dan kembali tersesat.. Adalah Propaganda Islamophobia sebenarya… Katanya, Paris merungut panas nya pakai tudung, malas nya untuk solat, rimas nya berpakaian longgar menutup aurat.. Pekara ini tidak akan terjadi, jika beliau benar2 ingin mencari kebenaran yang diinginkan.. Semoga Allah memberi hidayah pada mereka, jika ini rekaan semata..

http://www.dailysquib.co.uk/entertainment/2645-paris-hilton-converts-to-buddhism.html

Kembali pada topik.. Hmm bagaimana wahaidiri ini boleh menunjukan kasih kita pada Rasulullah s.a.w..? Kita bukan seperti para2 sahabat, yang pernah melihat dan merasai kehebatan Rasulullah.. Seperti diriwayatkan Iman Al-Bughawi dari Thauban Maula Rasulullah.

Beliau amat mencintai Rasulullah s.a.w dan kurang sabar atas hal ini. Pada suatu hari, beliau bertemu Rasulullah s.aw. dalam keadaan berlainan. Maka Nabi s.a.w bertanya kepada beliau, “Apa yang mengubah keadaanmu wahai Thauban?”

Jawab Thauban, “Wahai Rasulullah! Aku tidak mempunyai sebarang penyakit. Hanya hatiku amat khuwatir tidak dapat melihat dirumu. Kemudia aku terkenangkan hari Akhirat… Maka aku khuwatir tidak dapat melihat dirimu kerana engkau akan diangkat bersama para Nabi2 a.s, sekiranya aku dapat memasuki Syurga, sudah tentu kedudukanku lagi rendah… Sekiranya aku tidak dapat memasuki syurga, sudah tentu aku tidak dapat melihatmu lagi..

Dan turunlah ayat Al-Quran, untuk menjawab kerisauan Thauban.

Dan Barangsiapa yang mentaati Allah dan Rasul(Nya), mereka itu akan bersama-sama dengan orang-orang yang dianugerahi nikmat oleh Allah, Iaitu: Nabi-nabi, Para siddiiqiin, orang-orang yang mati syahid, dan orang-orang saleh. dan mereka itulah teman yang sebaik-baiknya. (An-Nisa: 69)

Subhanallah, itulah cinta suci Thauban pada Rasulullah s.a.w.. Sehingga terkenang hari akhirat.. Rahmat Allah bagi pada golongan yang mencintai Allah dan Rasul, untuk dapat sama kelas (5 bintang) syurga bersama golongan2 yang mantop..

Maka zahirkan lah cinta kita pada Rasulullah s.a.w dengan berselawat kepada beliau.. Sesungguhnya orang yang paling dekat denganku pada hari Kiamat adalah orang yang paling banyak berselawat kepadaku.” (HR An Nasai dan Ibnu Hibban)

Dan.. “Orang yang bakhil ialah orang yang mendengar namaku disebut, tetapi tidak berselawat ke atasku” (HR Al Tirmizi)

Bukan sahaja dengan selawat ini kita mendekati Rasul s.a.w, maka rahmat Allah jua mencucuri ke atas kita… Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda: Orang yang berselawat ke atas aku sekali, Allah berselawat* keatas nya sepuluh kali (HR Muslim)

*Allah berselawat, bermaksud Rahmat Allah

Rasulullah s.a.w memberi Syafaat, Maka Allah memberi Rahmat.. Untuk perolehi kedua2nya, maka itulah 2 Cinta 1 Hati 🙂 Berselawatlah & Berzikirlah sentiasa…

Selamat Menyambut Maulidur Rasul..

X to Pacaran.. (video rock rohani)