Category Archives: iman & amal

Nota Ringkas: Hikmah Menderma Darah

Jadilah orang yang istimewa disisi Allah ❤

Derma darah ini mempunyai kepentingan dan hikmahnya yang tersendiri seperti:-

  1. Menampung jumlah darah yang berkurangan di Blood Bank. (Ikhlas)
  2. Membantu insan lain yang memerlukan. (Ihsan dan Syukur)
  3. Melatih diri untuk memberi. (Kebajikan dan Sedekah)
  4. Menginsafi diri kerana darah kita hanya pinjaman daripada ALLAH. (Insaf)
  5. Mengingatkan diri mengenai kematian. (Zikrullah)

MENDERMA DARAH adalah satu amalan sukarela yang terpuji dan tidak ternilai sumbangannya. Keinginan untuk menderma darah perlu wujud dalam diri setiap individu sebagai satu tanggungjawab membantu sesama manusia.

PUSAT DARAH NEGARA dan tabung darah di hospital seluruh negara sering berdepan dengan stok darah yang kritikal.

PERSEPSI NEGATIF menderma darah boleh menyebabkan pelbagai kesan sampingan seperti kegemukan, rasa tidak selesa dan lemah perlu dikikis.

SATU UNIT DARAH yang dikeluarkan dari badan penderma dapat menyelamatkan nyawa penerimanya seperti mangsa demam denggi, mangsa kemalangan, ibu yang mengalami tumpah darah selepas bersalin, bayi yang memerlukan pertukaran darah, pesakit talasemia, pesakit anemia, mangsa kebakaran, pesakit leukemia dan pesakit haemifilia.

MASYA ALLAH, dengan menderma darah wahaidiri bukan sahaja hanya dapat membantu meringankan bebanan seseorang tapi ia dapat menyelamatkan nyawa seseorang dengan Izin Allah…! Bayangkan, wahaidiri ini berada dalam situasi mereka yang memerlukan bantuan (antara hidup dan mati).

“Sesiapa yang membantu mencukupkan keperluan saudaranya, maka Allah pula membantu mencukupkan keperluannya. Sesiapa yang melepaskan kesulitan seorang muslim, maka Allah melepaskan pula kesusahannya kelak pada hari kiamat.”       (Riwayat Muslim)

Wahaidiri yang kurang bekal, tambahkan amal, banyakkan kebajikan… Buktikan Islam agama kasih dan sayang ♥

Rujukan:

  1. http://pembina.com.my/derma-darah-mega/
  2. http://www.ipislam.edu.my/index.php/artikel/read/121/derma-darah-boleh-sihatkan-tubuh
  3. http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Sumberpenyambunghayat/Article/print_html
  4. http://www.bharian.com.my/bharian/article/Dermadarahbolehjagakesihatan_bantugolonganmemerlukan/Article/print_html
  5. http://www.mufti.gov.bn/irsyad/pelita/2010/bil5_bhg2-2010.pdf
  6. http://saifulislam.com/?p=518   (Derma Organ. Must Read!)
Advertisements

GPS Redha

Kata-kata Prof Muhaya membuka minda wahaidiri seketika.. Seorang Prof yang diperakui oleh adik badik nya sendiri, sebagai seorang anak yang sangat luar biasa menjaga ibu ayah nya.. Dua pekara yang ramai insan mengambil remeh & ada pula tidak bersikap tanpa perasaan..

Redha Mak Abah & Allah s.w.t

Wahai Mak dan Abah.. Yang mengasihi kami…

Penat jerih mu, membesarkan kami dengan penuh harapan & kasih sayang… Agar kami berjaya di dunia dan di akhirat.. Pengorbanan mu tidak mampu kami membalasnya.. Kasih sayang mu, tidak dapat kami tandingi nya.. Maaf kan daku, kerana sering melukai mu..  Maaf kan daku, kerana lalai dalam tugasan ku.. Sesungguhnya, wahaidiri tau kejayaan anak-anak mu ini adalah pengubat hati mu..  Dengan izin Allah dan usaha yang bersungguh2 akan ku terapkan…  Semoga memperolehi kejayaan, Semoga pahala setiap usaha kebaikan terima disisi mu jua..

Wahai Allah..  Yang Maha Pengasih lagi Penyayang..

Redha Mu, Matlamat ku.. Walaupun ia sesuatu pekara yang susah diperlihatkan, namun Iman yang mantap tetap akan mendambakan.. Ingat lah wahaidiri, biarlah manusia tidak menghargai kamu, biarlah pujian dan cercaan berlalu.. Sesungguhnya, kasih Allah Maha Agung.. Wahaidiri, Jangan culas..

Ayuh usaha tanpa penat jemu.. Redha Allah, Redha Mak Abah.. Insya Allah ketemu.. Salam Maal Hijrah Wahaidiri.

“Ya Tuhanku, tunjukilah aku untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapa ku dan supaya aku dapat berbuat amal yang soleh yang Engkau redhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan Sesungguhnya aku Termasuk orang-orang yang berserah diri” Al-Ahqaf:15

Seruan Illahi, Mahu Menuju Mampu

Di suatu pagi yang hening , di dalam kelas 2 Ixora yang amat ‘bertuah’.

“Menunaikan haji adalah wajib bagi setiap yang mengaku beragama Islam,” isi pengajaran hari itu.

“Biar betul, wajib ustazah?” soal Alif terkejut.

“Jadi  kalau ‘termati’ sebelum dapat pergi berdosalah? Macamtu?”  tokok Edy lagi.

Yang lain pula menambah “kalau hidup pun, tapi miskin melarat, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, tak kais alamat tak makan, macammane pulak?” Budu menambah perisa.

Di hujung  penjuru kelas Eliya termenung  jauh, “kenapa dengan kamu Eliya?, kawan-kawan sudah panas hati mendengar topik hari ini,ruh kamu sudah di kantinkah?”

“Bukan ustazah, sebenarnya… saya teringatkan opah, opah dah tua, sakit, dah tinggal sorang, Eliya rasa opah tak ada duit dah nak pergi haji, sebab dia dah banyak guna duit untuk opresyen jantung.” keluh Eliya.

Saja wahaidiri membawakan beberapa keadaan sebagai induksi diskusi bulan mulia Zulhijah,bulan difardhukan hajike baitullah al-Haram.

 “Mampukah Aku?”

 

 

 

 

 

 

Mampu itu bukan bererti perlu menunggu adanya sedebuk duit rm10,000 dikala umur masih muda, semangat sedang membara, tubuh badan tegap bertenaga, disisi ada mahram yang tersangat setia, waris yang ditinggal terjamin aman punya penjaga…

Ajaib sekali keadaan-keadaan ini akan berlaku, maka selagi tidak cukup ‘mampu’, akan terus menunggu dengan hujah “aku belum sampai seru” tanpa ada secebis usaha menuju mampu… Hanya terus menunggu, walau jua keatas hamba-hamba tertentu  yang sememangnya mampu, dengan pelbagai alasan…

“kearah memampukan diri!” bukan sekadar cukup bertanya-tanya pada diri “mampukah aku?”

Hal ini yang normanya dalam kalangan Muslim hari ini, bahkan jawapan standard yang diberi ‘belum sampai seru lagi’, sebenarnya Allah telah menyeru kita ke sana sejak Nabi Ibrahim a.s bersama zuriat solihya Nabi Ismail a.s mendirikan tapak-tapak baitullah lama dahulu…

Persoalan haji  jangan dipandang dari sudut mampu semata-mata, namun harus direnung dari sudut “mahu”… 

Harus ditanyai hati sunguh-sungguh:

“Tidak mahukah aku menjadi  tetamu Allah suatu hari nanti?”

“Bahkan telah dikhabar gembirakan oleh Baginda s.a.w fadhilat bersolat di dalam masjid yang tertanam jasad sucinya…”

“Pahala solat di Masjidil Nabawi adalah 1000 kali lebih baik daripada solat di lain-lain masjid kecuali di Masjidil Haram,”( Bukhari dan Muslim)

Subhanallah 1000x….

Mahu menuju Mampu

Kerana hanya dengan mahu sahaja seorang Muslim itu akan menyuntik rasa mampu seterusnya mampu berusaha kea rah memampukan dirinya agar diseru Allah.

Maka tiada alasan untuk tidak kita menyahutnya, wahaidiri menyeru diri & sahabat2 dikasihi, ayuhlah bermula@ meneruskan ‘mahu’ dengan:

–     Menabung atau yang mudah untuk disiplin buat potongan gaji di tabung haji.

–     Mendaftar haji, hanya RM1400. Sekurang-nya andai ajal menjemput dahulu tidaklah tergagap kita berhujah di hadapan Allah Yang Esa, kerana tiket sudah ditangan… wahaidiri, ingat yang ditanya Allah mana mahumu, mana usahamu? Bukan mampukah kamu.

Wahaidiri mengakhiri kalam di sini dahulu bersama persoalan,  Sudahkah aku MAHU memampukan diri menjadi tetamu Ilahi robbi, lantas melengkapkan rukun menjadi Muslim fulltime kepada pemilik diri..???

Allah hu Allah sudilah jemput kami, kami sedang berlari menujuMu, janganlah sakit mahupun ajal mendahului kejaran kami, jemputlah kami menjadi tetamu Mu dengan ‘mampu’ yang diterjemah dalam erti sebenar iaitu ‘mahu & usaha’.

Simpan 30sen sebulan tunai haji – bharian

The Misunderstood HUDUD…

“Say no to Hudud …”

“Hudud tidak boleh dilaksanakan, Hudud adalah hukuman paling Kejam”

Terpanggil wahaidiri untuk menulis mengenai hudud yang telah disalah tafsirkan… Maka jangan “melabelkan” wahaidiri ini dibelah pihak mana2 parti politik… Wahaidiri hanya menulis berdasarkan pengetahuan dan isi hati wahaidiri ini sebagai seorang Muslim.

Pengertian Jenayah

Jenayah menurut fuqaha’ adalah perbuatan atau perilaku yang jahat yang dilakukan oleh seseorang untuk mencerobohi atau mencabul kehormatan jiwa, harta atau tubuh badan seseorang yang lain dengan sengaja.

Dengan erti kata yang lain, ia adalah kesalahan berat kerana ia membawa kerosakan kepada orang lain dan menceroboh hak orang lain.

Bukan Yang Amat Berhormat, tetapi Yang Amat Jahat =)

Harus difahami hudud adalah jalan terakhir untuk sesuatu hukuman. Maksud di sini, hanya orang yang “teramat sangat jahat” sahaja yang akan dihukum dengan hukuman hudud. Ia bukan untuk orang jahat, tapi untuk yang amat jahat sahaja.

Contoh “ teramat sangat jahat” dalam situasi penzinaan seperti berikut:

Untuk melaksanakan hudud bagi pesalah zina, ia mesti mendatangkan 4 saksi. Jika seseorang berzina tetapi senyap-senyap dan tiada saksi yang melihatnya, dia  tidak boleh dikenakan hudud kerana “dia belum sangat jahat” 😉

Sangat jahat bermaknanya, penzina itu berzina di tempat terbuka tanpa segan silunya sehingga semua orang boleh melihat apa yang diperlakukan. Inilah “Super Jahat”.. !

Bahkan ia tidak mustahil berlaku dalam masyarakat sekarang, seperti apa berlaku di pesisir pantai-pantai luar negara dan budaya berikut mula menular di negara kita jua. Bahkan Rasulullah ada mengingatkan antara tanda akhirzaman adalah tersebarnya zina dan orang melakukannya tanpa segan silu hatta di jalanan.. na’uzubillah.

Dari Abdullah bin Umar, beliau berkata bahwa Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam bersabda, “Kiamat tidak akan terjadi sampai orang-orang bersetubuh di jalan-jalan seperti layaknya keledai.” Aku (Ibnu ‘Umar) berkata, “Apa betul ini terjadi?”. Beliau lantas menjawab, “Iya, ini sungguh akan terjadi” – Hadtih Riwayat Ibnu Hibban, Hakim, Bazzar, dan Thobroni.

salah faham terhadap hudud


 

 

  

          

 

          

   

Terlepas dari hukuman?

Bagaimana pula jika orang yang disabitkan berzina atau dirogol tetapi tidak dapat didatangkan bersama 4 saksi, adakah penjenayah tersebut terlepas..?

Jawapannya, penjenayah tersebut tidak akan terlepas kerana bukti-bukti seperti rakaman video, DNA dan lain-lain lagi boleh digunapakai dalam makamah. Bukti-bukti ini dalam Islam disebutkan sebagai Qarinah.

Dan jika disabitkan kesalahan, penjenayah tersebut akan dihukum dengan hukuman ta’zir. Kadar dan bentuk hukuman takzir itu adalah terserah dan bergantung kepada kebijaksanaan hakim untuk menentukan dan memilih hukuman yang patut dikenakan.

Hudud memang menakutkan

Tujuan sebenar hukuman di dalam Islam bukanlah semata-mata untuk menghukum, tetapi juga untuk ta’adib (mendidik). Hudud adalah untuk menakutkan penjenayah melakukan jenayah dan  juga memberi pengajaran kepada masyarakat agar menjauhi jenayah tersebut . Ia adalah satu kesan psikologi kepada seseorang; jika tersabit dengan kesalahan, jalan terakhirnya adalah hukuman yang keras.

Ia jua sama tatkala kita mendidik anak2 kita mengenai dosa.

“Ahmad, jangan berbohong..! Jika berbohong, orang tidak akan percaya kepada kata2 kita lagi selepas ini. Dan bohong itu Dosa… Orang yang suka berbohong Allah tak sayang, bila Allah dah tak sayang, habislah kita masuk neraka… Neraka tu panas sangat, boleh mendidih otak, hancur lebur tubuh kita…”

Dengan kesan psikologi tanpa sedar ini, anak kecil tersebut terkebil2 dan berjanji tidak akan berbohong lagi 😉

Maka berkesanlah hudud ini, kerana ramai yang berasa takut dengannya walaupun ia tidak terlaksana lagi di Malaysia. Jadinya, apa nak takot.. Kita nie penjenayah kejam ke??

“Di antara tanda-tanda hari kiamat adalah: sedikitnya ilmu dan tersebarnya kebodohan, diminumnya khamr, merebaknya perzinaan.” (HR. Bukhari dan Muslim)

To my Non-Muslims friends,

The concern and terror among your hearts which has been tremendously raised was unfounded. Unfortunately it’s like fearing something that doesn’t exist. With this, be assure that Hudud is mandatory for Muslims and it is most welcome for all non-Muslims with option of Syariah Court or Civil Court.

We are fairly appreciative regarding your concern about the differences of punishment between non-Muslims and Muslims. For example when convicted of a geng robbery which consist of a Muslim and a non-Muslim, the punishment will varies between a Muslim and a non-Muslim due to civil and syariah sentences.

Whichever punishment is lenient or harsher, the non-Muslim criminal is given a choice to choose either to be sentenced in a civil or syariah court. As Muslims, we are obliged by the law of our belief (Islam) whereby if we are not sentenced in this world as accordance to the Quran, we will be sentenced harsher in the hereafter. I’m pretty sure in any religion that believes there is a hereafter; they would devote themselves to strive for a better life hereafter which is blessed eternity. Hence, deep down in our hearts we really hope that other religion would respect our belief to implement hudud in our Muslim community.

Apa yang penting? Kesedaran… 🙂

Apa yang penting harus sedar datangnya hudud dari Allah Tuhan Pencipta sekalian alam, Dia Maha Mengetahui yang terbaik buat mengatur apa yang dijadikan. Ayuh  wahaidiri, wahai kawan Muslim ku, ambil peranan di sudut mana dudukmu, fahamkan ummah bahawa hudud diturunkan Allah sebagai pembela kita dan zuriat-zuriat kita iaitu manusia yang hidup dalam kemelut akhir zaman yang semakin di ancam bahana fitnahnya. yaAllah ampunkan kami, peliharakan kami dan zuriat warisan kami dari fitnah maksiat akhir zaman yang telah Engkau sediakan ubatnya, takdirkanlah hudud ini terlaksana di bumi Malaysia ini, lantas menjadi rahmat bagi kami.

Ujian Keimanan

Tarbiyah Ramadhan membawa seribu makna… Jiwa diuji dengan pelbagai suka dan duka… Semua nya untuk menguji tahap keimanan kita…

Betapa banyak orang yang berpuasa, tapi mereka tidak mendapatkan apa-apa dari puasanya itu kecuali lapar dan dahaga” [HR. Ahmad]

 Ya Allah, layak kah wahaidiri mendapat redha mu…

Tatkala diuji dengan kesenangan, wahaidiri telah hanyut dalam lautan duniawi

Tatkala diuji dengan kesusahan, wahaidiri  telah hanyut dalam lautan mencaci

Tatkala diuji dengan masa lapang, wahaidiri telah hanyut dalam lautan kelalaian

Tatkala diuji dengan kesibukan, wahaidiri telah hanyut dalam lautan sendirian ..

Tatkala diuji dengan kemewahan, wahaidiri telah hanyut dalam lautan pembaziran

Tatkala diuji dengan kesempitan, wahaidiri telah hanyut dalam lautan rungutan

Tatkala diuji dengan cinta manusia,wahaidiri telah hanyut dalam kealpaan..

Ya Allah, Selamatkan Kami daripada Hanyut dalam Lautan Keduniaan

Ya Allah…

meski ku rapuh dalam langkah,
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa,
hanyalah padaMu…

Maafkanlah bila hati,
tak sempurna mencintai Mu…
dalam dadaku harap hanya,
diri Mu yang bertahta..

detik waktu terus berlalu,
semua berakhir padaMu, ya Allah…

–  Rapuh: Opick

Ya Allah, Engkau Maha Pengampun dan Engkau sukakan pengampunan, ampunilah daku…

Maafkan daku…

Wahai Allah, betapa Engkau setia di sisi dikala senang dan susah ku… Sesungguhnya Kau mengetahui segala di daratan dan di lautan, dan tiada sehelai daun pun yang gugur melainkan semuanya dalam pengetahuan dan ilmu Mu…

Dan sesungguhnya Kau tau apa yang sarat terkandung di isi hatiku… Dengan mengingati Mu, ya Allah… Ku yakin, Wahaidiri akan menjadi tenang…

Semoga wahaidiri semakin tabah selepas Ramadhan yang berbaki ini… Semoga wahaidiri dalam naungan redha Mu…

Insya Allah, ya Rahman… Wahaidiri akan terus berusaha melaksanakan perintah-perintah Mu di dunia untuk akhirat demi untuk menemui Mu dengan penuh kecintaan… Sesungguhnya tiada daya dan upaya ku kecuali dengan pertolongan Mu, ya Rahim..

Di dalam cahayaMu Tuhan, ku harap petunjukMu

 

 

 

 

 

 

 

.

Tuhan yang Esa (click here)

Di dalam cahayaMu Tuhan, ku harap petunjukMu… Di dalam sinaran purnama kumohon keampunan… Moga terlerailah segala dosa-dosaku… Mogaku jadi hamba yang bersyukur

Tuhan yang Esa udara yang ku hirup… Terasa nikmatMu yang menggunung… Tidak terhitung harga nilaiannya… Oh Tuhan Engkau Pengasih Maha Penyayang…

Oh Tuhan… Di depan ujian terasa diri ini memerlukanMu… Ku harap kau lindungi hamba yang lemah ini… Kau Tuhan Maha Kuasa, Maha Pengampun…

Ku harapkan pintu taubatMu terbuka luas untuk hambaMu yang sering leka… Dengan rahmatMu dan kasih sayangMu Kau ampunilah segala dosaku…  Moga selamat di dunia & akhirat (2x)

Allahu Robbi menitis air mata…

Ujian sebenarnya adalah untuk sentiasa menjadi hamba yang berSYUKUR dalam hidup yang penuh dikelilingi nikmat.. ohh Tuhan sungguh kami sering gagal bila diuji dengan NIKMAT…

igfirlana yaAllah..Allahumma ja’alna minal kolilin… wa ja’alna ‘Abdan syakuro [ampunkan segala dosa2 kami, dan golongkan kami dalam hamba2 Mu yang sedikit itu yakini hamba yang bersyukur]

“…dan sememangnya sedikit sekali di antara hamba-hambaKu yang bersyukur” [34:13]…

Anti-Virus Must Always Be Updated

“Anti-virus must always be updated..” pesan ustaz dalam Motivasi Pagi IKIM..

Anti-virus..?! Ya, betul tu.. anti-virus untuk scan diri 🙂 Scan virus2 yang menyerang atau menghinggap diri ini.. Dosa di dalam diri ini, dosa di depan mata, dosa bisikan syaitan..

Hati adalah anti-virus wahaidiri.. Hati dengan fitrahnya mengetahui yang mana baik dan yang mana buruk.. Yang mana benar dan yang mana salah..

Akan tetapi, jika anti-virus ini lemah.. Hati ini, dikuasai nafsu dan bisikan syaitan.. Anti-virus ini tidak dapat berfungsi.. Tidak mengenal mana yang soleh atau yang toleh.. Berhibur tanpa batasan, kerana scanner virus tidak dapat mengesan dosa2 yang tersembuyi dalam cabaran2 generasi baru.. Virus Definition Not Updated..!!Astargfirullah…

Hanya Ilmu sahaja dapat menguatkan hati ini.. Mengekalkan Iman dan Islam.. Anti-virus ini diperkasakan dengan ilmu.. Wahaidiri, carilah ilmu agar diri ini tidak tersasar.. Agar mengenali, ohw ini memberi pahala, ohw tidak ini membawa ku ke neraka.. Agar hati ini ingin mendekatkan diri pada teman-teman yang soleh, agar hati ini sentiasa mendekatkan diri dengan kebajikan dan jauhi dari kejijikan.. Seperti jijik nya neraka yang bernanah busuk mengelegak untuk dimakan..

Maka tiada seorang teman pun baginya pada hari ini di sini. Dan tiada (pula) makanan sedikitpun (baginya) kecuali dari darah dan nanah. Tidak ada yang memakannya kecuali orang-orang yang berdosa. (Al-Haqqah: 35-37)

Wahaidiri, jagalah hati ini… Rajin2kan update.. Sesungguhnya, Daripada Abu Abdullah an-Nu’man bin Basyir r.a katanya, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda :Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram(itupun) jelas dan di antara kedua-duanya (terdapat)perkara-perkara yang syubhat, ramai di kalangan manusia tidak mengetahuinya. Sesiapa yang menjaga dirinya daripada perkara syubhat ,(maka) dia telah membersihkan agama dan kehormatannya .Dan sesiapa yang terjatuh ke dalam perkara-perkara yang syubhat , dia akan jatuh kepada perkara yang haram. Seperti pengembala yang mengembala di sekitar kawasan larangan, dibimbangi gembalaannya akan meragut makanan di dalamnya .Ketahuilah sesungguhnya bagi setiap raja itu ada kawasan larangan dan kawasan larangan Allah ialah perkara-perkara yang diharamkannya .Ketahuilah bahawa di dalam jasad manusia ada seketul daging , apabila ia baik , maka baiklah seluruh jasadnya .Apabila ia rosak , rosaklah seluruh jasadnya , ketahuilah bahawa seketul daging itu adalah hati.(HR Bukhari dan Muslim)