Category Archives: sahabat

Kehidupan…

Setiap dugaan ada kemanisan…Iaitu pertolongan Tuhan..

Selepas kesusahan ada kesenangan, bagai selepas hujan ada sinaran..

Rahmat diberi Tuhan, Berkat usaha dan doa kalian..

Dalam dekapan ukhuwah, persaudaraan adalah mukjizat Tuhan…

Bagai Muhajirin dan Ansar yang saling berkorban demi Islam 🙂

Advertisements

Sahabat, layakah aku seperti mu?

Post2 ku yang tertunda, moga masih sudi menatap mencedok hibrahnya 🙂 ahlan..!

Sahabatku… Di jemput Allah dulu… Sayangnya Allah padamu… Siti Hajar Shafi’ei diberi namamu,

Dikelilingi adik beradik yang ramai, tampak dirimu berdikari peribadinya, Ayat- ayat cinta Tuhan tiada yang terlupa dr lisan bahkan tata lakumu, Penghujung Mac 2009, musibah itu melanda,

Benarkah musibah?… Allahu’alam. Hampir seluruh jawarih kananmu dilumpuhkan, bukan untuk sementara…

Di pembaringan ku lihat mekar senyumanmu teman, Sedangkan kami bercucuran air mata… tabahnya dirimu teman. Syahdu melihatkan tenang bonda, juga ayahandamu yang tidak jemu mentartil ayat2 syifa’ buatmu, tiada cebis2 sedih dapat kami kesan, melainkan tabah mendukung ujian Tuhan…

bait yang takkan ku lupa, “takpela nak, sume tu kan Allah bagi pinjam kejap jer, kite kene redhalah bile Allah dah mintak semula ” tutur ayahmu…

yaAllah berkatilah keluarga ini!.

Hampir 4bulan lebih keada’anmu seperti dulu, akhirnya tanggal 15 Julai/ Rejab perpisahan itu datang jua, Kau pergi menghadap Ilahi,

Indahnya jalan hidupmu sahabat… Ayat2Nya tersemat sudah di jiwamu, bahkan disucikan dirimu dengan ‘musibah’

Bagiku ini bukan musibah, tetapi rahmah kasih sayang Ar-Rahman bagimu sahabat, pulangmu dalam khusnul khatimah…

“tidak bani Adam diuji kesakitan melainkan untuk…”

Tiada henti kunjungan jemaah masjid menyembahyangkan jenazahmu berimamkan ayah, sayu suaranya… sayu dalam syukur… syukur kau amanah yang berjaya dicoraknya menjadi Muslimah Mukminah…

Akan tiba waktu ku, jua waktu kalian kelak, mudah-mudahan abah dan mak yang akan mensolati jenazahku dulu, tak tertanggung rasanya pinjaman Tuhan yang dua ini diambil dulu. yaAllah jemputlah hamba setelah segala amanah sebagai hambaMu dan anak kepada kedua hamba2Mu ku laksana sesempurnanya…ameen.

yaAllah… layakkan aku seperti Hajar… pastinya kini dikau disyurga…

Persoalannya, ramaikah yang sudi mensolatkan jenazahku…?

Sahabat, andai aku pergi dahulu…

taman ketenanganDi dalam bilik sebuah hospital terdapat dua orang pesakit. Kedua-duanya mengalami penyakit yang serius. Setiap petang, kedua pesakit ini berehat sambil bersembang tentang pelbagai pengalaman hidup masing-masing.

Katil seorang pesakit tadi terletak bersebelahan dengan jendela bilik tersebut. Setiap petang, pesakit ini akan duduk dan menikmati pemandangan di luar. Beliau menceritakan kepada rakannya keindahan yang dilihatnya di luar jendela itu.

“Jendela ini berhadapan dengan sebuah tasik indah yang dikelilingi pepohon serta bunga-bunga berwarna-warni. Anak-anak kecil bermain-main dengan riang. Burung-burung berterbangan dan pemandanagannya sungguh indah dan permai,” katanya kepada temannya itu.

Penerangan lelaki itu begitu meyakinkan sekali sehinggakan temannya dapat membayangkan suasana di luar jendela hospital itu. Rakannya sentiasa berasa bertenaga dan ceria apabila beliau mendengar gambaran yang indah itu.

biarkan aku keseorangan

Suatu petang, apabila kedua-dua lelaki itu sedang berbual seperti biasa, teman yang sedang baring atas katil yang jauh dari jendela terfikir, “Mengapa dia sahaja yang harus mendapat nikmat melihat pemandangan yang begitu indah di luar? Mengapa tidak aku?”

Perasaan cemburu mula berputik di hati pesakit ini. Dia berasa marah akan keadaan yang tidak memuaskan itu. Sepatutnya pihak hospital harus lebih adil dan memberi mereka peluang unutk menikmati pemandangan luar secara bergiliran. Lama-kelamaan, lelaki itu tidak lagi dapat menikmati gambaran temannya itu, akibat perasaannya cemburu dan tidak berpuas hati.

Sedang beberapa hari kemudian, lelaki yang berada di tepi jendela itu meninggal dunia. Temannya rasa gembira di hati, kerana ini bermakna ada peluang untuknya mendapat tempat tidur bersebelahan dengan jendela itu. Dapatlah beliau pula menikmati pemandangan yang indah dan menyejukkan mata. Beberapa hari selepas itu, pesakit yang kini keseorangna meminta izin jururawat agar beliau dipindahkan ke katil yang bersebelahan dengan jendela itu.

kesunyian

terasa kesunyian dihati..

Petang itu, lelaki tersebut perlahan-lahan membangunkan badannya yang lemah untuk menjenguk ke luar jendela.

Di hadapannya hanya tersegam sebuah tembok yang kosong…

(MUIS, NADI volume: 02/09)

——————————————————————————————————-

Wahai sahabatku,

Terlintas di hatiku, “Adakah aku sayangi sahabatku kerana Allah?”

Lalu aku teringat kata-kata Sayidina Ali:

Selemah-lemah manusia ialah orang yang tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yang mensia-siakan sahabat yang telah dicari.  – Sayidina Ali

maafkan daku

Aku mengimbas kenangan-kenangan dan  jasa-jasa kita bersama…

Subahanallah! Allah telah mengurniakan aku sahabat-sahabat untuk mentarbiyyahku dan mencerminkan diriku ini, walaupun kami saling terselisih faham dan berbeza pendapat…

Ya Allah, peliharalah persahabatan kami daripada gangguan syaitan yang sentiasa ingin melihat keretakkan ukhuwwah islamiyyah.

Sesungguhnya, aku menyayangi sahabat-sahabatku segenap jiwaku keranaMu, ya Rahman. Jauhkan kami daripada perasaan hasad dan dengki, ya Rahim.

Seorang penyair berujar:

Bila seorang teman bertutur tentang diriku,
yang memancing kemarahanku,
kumaafkan segala kesalahannya,
dan ku redam amarahku,
kerana aku cemas bila hidup tanpa seorang teman

–          Al-Mukhtar minash-Shadaqah wash-Shadiq, hlm.125.

Maafkan daku…

———————————————————————————————————————

*sahabat = aku tidak memandang kekayaan dan pangkat dunia, maupun kau kaya atau sekadar pembantu rumahku, kau tetap sahabat ku kerana Allah 🙂 insya Allah… Mak ayah, usah risau… Kasih sayang padamu tidak akan pudar jua! 😉