Tag Archives: baju

Hidayah Baju Baby…

Jualan murah baju baby, walaupun takde nak beli untuk anak, fitrahnya perempuan pasti tertarik walau cukup hanya untuk mencuci mata 🙂

Asyik memilih dan membanding harga tiba-tiba bola mata tertancap pada sesusuk tubuh yang amat dikenali zaman mengaji dulu, tapi “sudah tukar!”.. Eh, Mata yang melihat yang rabun atau realiti ni? terdetik dihati..

Dia yang kami kenali dulu gadis manis yang sangat simple , sempoi, dengan seluar legging dan tudung lilit ularnya, itulah uniformnya sehari-harian.. tak pernah terfikirlah untuk dia jadi serperti dia yang ku lihat kini. Manis bertudung Ariani, litup melepasi had wajib, kasual berblaus longgar dan berSTOKIN!.. Puji bagi Allah.

Selangkah derap kaki mendekat padanya,

“Assalammu’alaikum, erk..ni Ulin Nuha’ ke?”
(nama samaran: tengah obsess dengan kalimat ni, Ulin Nuha’: Kebijaksanaan)

Tak sempat salam bersambut, tangannya pantas dulu mencecah pipi.

“Adus Ulin!, memang sah kau Ulin..!”

Ukhwah bersemi kembali..

“Ulin macammana boleh tukar?” terkeluar juga soalan yang sedari tidak menyenak di hati.
“Super power Cik husband ke? Hee..” coverline..

Soalan dijawab dengan senyuman, tangan kananku ditarik lembut ke lambungnya..

“Kerana Allah mengizinkan ada nadi lain yang berdenyut di sini… dia yang memberi superkuat untuk ibu dia yang sangat nakal ni untuk berubah”.

“Baby yang hari-hari bagi power untuk aku jadi semakin baik, semakin kuat semangat”.

“Aku tak nak bila dia keluar nanti dia melihat ibunya wanita yang masih biasa-biasa lalai dalam ketaatan pada Tuhannya”.

Allahuakbar.. terjeda seketika.. sungguh hidayah milik Allah, jalannya pelbagai wadah..

Sedikit kisah lama bingkisan buat sahabat2 habiybati (ku kasihi) yang kini dianugerah Allah dengan salah satu ‘nikmat yang amat besar ‘dalam hikayat hidup sebagai seorang wanita.

“Kuatlah Wahai ibu, agar yang dirahimmu itu membesar kelak menjadi mukmin/mukminah yang taatkan Allah sebagai Tuhannya, dan Nabi Muhammad qudwah sepanjang hayatnya… Segalanya bermula dari kamu wahai ibu yang kuat!…”

Moga Islam & Iman yang diwaris walidain (ibu ayah) buat kita, mampu untuk kita wariskan dalam qolbu dan tiap gerak laku zuriat yang sedang menghitung hari untuk melihat dunia ini.. untuk melihat Ummi & Abinya yang kuat dan taat!

Ya Allah saksikanlah ketaatan insan2 ini, semoga syurga sahaja layak tempat pulangnya mereka…

Selamat Hari Ibu & Bakal Ibu =)

Advertisements