Tag Archives: darah

Nota Ringkas: Hikmah Menderma Darah

Jadilah orang yang istimewa disisi Allah ❤

Derma darah ini mempunyai kepentingan dan hikmahnya yang tersendiri seperti:-

  1. Menampung jumlah darah yang berkurangan di Blood Bank. (Ikhlas)
  2. Membantu insan lain yang memerlukan. (Ihsan dan Syukur)
  3. Melatih diri untuk memberi. (Kebajikan dan Sedekah)
  4. Menginsafi diri kerana darah kita hanya pinjaman daripada ALLAH. (Insaf)
  5. Mengingatkan diri mengenai kematian. (Zikrullah)

MENDERMA DARAH adalah satu amalan sukarela yang terpuji dan tidak ternilai sumbangannya. Keinginan untuk menderma darah perlu wujud dalam diri setiap individu sebagai satu tanggungjawab membantu sesama manusia.

PUSAT DARAH NEGARA dan tabung darah di hospital seluruh negara sering berdepan dengan stok darah yang kritikal.

PERSEPSI NEGATIF menderma darah boleh menyebabkan pelbagai kesan sampingan seperti kegemukan, rasa tidak selesa dan lemah perlu dikikis.

SATU UNIT DARAH yang dikeluarkan dari badan penderma dapat menyelamatkan nyawa penerimanya seperti mangsa demam denggi, mangsa kemalangan, ibu yang mengalami tumpah darah selepas bersalin, bayi yang memerlukan pertukaran darah, pesakit talasemia, pesakit anemia, mangsa kebakaran, pesakit leukemia dan pesakit haemifilia.

MASYA ALLAH, dengan menderma darah wahaidiri bukan sahaja hanya dapat membantu meringankan bebanan seseorang tapi ia dapat menyelamatkan nyawa seseorang dengan Izin Allah…! Bayangkan, wahaidiri ini berada dalam situasi mereka yang memerlukan bantuan (antara hidup dan mati).

“Sesiapa yang membantu mencukupkan keperluan saudaranya, maka Allah pula membantu mencukupkan keperluannya. Sesiapa yang melepaskan kesulitan seorang muslim, maka Allah melepaskan pula kesusahannya kelak pada hari kiamat.”       (Riwayat Muslim)

Wahaidiri yang kurang bekal, tambahkan amal, banyakkan kebajikan… Buktikan Islam agama kasih dan sayang ♥

Rujukan:

  1. http://pembina.com.my/derma-darah-mega/
  2. http://www.ipislam.edu.my/index.php/artikel/read/121/derma-darah-boleh-sihatkan-tubuh
  3. http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Sumberpenyambunghayat/Article/print_html
  4. http://www.bharian.com.my/bharian/article/Dermadarahbolehjagakesihatan_bantugolonganmemerlukan/Article/print_html
  5. http://www.mufti.gov.bn/irsyad/pelita/2010/bil5_bhg2-2010.pdf
  6. http://saifulislam.com/?p=518   (Derma Organ. Must Read!)