Tag Archives: doa

Insya Allah, ada doa-mu dalam doa-ku…

Wahaidiri, doamu yang kutagih… (Another perspective: Mengubati hati yang lagha)

image

Daripada Abu Darda’ r.a, Rasulullah s.a.w bersabda:

“Doa seorang muslim kepda saudara muslimnya secara ghaib (tanpa pengetahuan saudaranya) adalah mustajab (diterima), disisi kepalanya malaikat yang diutus Allah setiap kali dia mendoakan saudara muslimnya dengan doa yang baik, dan berkatalah malaikat itu, “Ameen, engkau juga beroleh manfaat yang sama.” (Hadith Riwayat Muslim)

Kalau ditanya pastinya ramai pernah dengar akan titipan Rasulullah s.a.w yang satu ni. Namun adakah sudah kita mengambil ‘ibrah dan memanfaatkannya dalam kehidupan seharian2 kita? Nah melantun terus kehidung yang bertanya… adeh..

Betapa lemahnya hati kita bergelar manusia, melalui hari-hari dengan pelbagai rencah dan ragam manusia. Natijahnya memekar dijiwa virus-virus prasangka, hasad dengki, merantai kuat di hati kita.. buktinya… jom kita selami situasi2 ini..

1)      Andai didatangi jurujual (salesman)

“Kak produk ni baik punya, kalau makan boleh blah30x…”.

salesman

Sememangnya sedikit wasangka wajar sebagai langkah berhati-hati agar tidak sewenangnya tertipu. Namun alangkah indah dihujung wasangka itu disulami dengan sedikit cebis doa..

Pernahkah terfikir andai ditukar Allah duduknya kita dengan dirinya..? Menebalkan muka mencari rezeki yang halal…

Maka, titipkanlah dengan doa “yaAllah bukakan jalan rezeki saudari seagamaku ini, jujurkan dia dalam kerjanya..”

Nah kalau kebetulan selepas doa spontan darimu, ada yang datang membeli dan manfaat dari barang jualanya, Masya Allah.. gampang (senang) bukan?

Boleh dipraktikan dengan mak cik kat pasar…

image

Jadi doakan agar dibuka pintu rezekinya, alangkah indah andai habis terjual sayur-sayurannya tersebut antara asbabnya adalah kerana doa sepintas lalumu tadi. Wah gratis lho (percuma bukan?)..

2)      Di muka depan akhbar, ‘Lagi gadis Malaya dilarikan cowok Lombok’

Haih ini berlaku terutama seusai menonton berita isu jenayah, politik ataupun sensasi gossip yang kita tidak ketahui hujung pangkal kisah sebenarnya.

news

hmm belum dibicara habis lagi kita sudah menjadi pengulas atau hakim profesional…!

“Hah ini lah perempuan Melayu, tak fikir mak ayah, kerana kasih hamba turutkan.. inilah bahananya blah300x…” dan banyak lagi versi pengulas…

Namun pernah tak terfikir si gadis ini, ada kemungkinan dia teraniaya pada awalnya, mungkin dia dipukau atau diculik, diberi air pelali, kemudian diambil gambar auratnya tanpa izin, kemudian pengakhirnya diugut dan terpaksa lari ke Lombok, demi menyelamatkan maruahnya yang dicuri secara haram tanpa rela…?

Namun biasanya kita akan pukul rata dalam menghukum…

Awas andai kometar kita tidak benar, dosanya umpama memfitnah…! “Fitnah itu lebih besar (dosanya) daripada membunuh.” (Al-Baqarah:191)

Bukankah lagi menyejukkan “yaAllah gadis ini sebangsa denganku, dia punya ayah dan ibu yang pastinya kini teramat bimbang perihal anak gadisnya, ampunkan khilafnya, kembalikan dia pada keluarganya, peliharakan maruah dan agamanya”

Haih, Sudah tidak membantu bahkan membatu api2kan..!

3)      Apatahlagi di jalan raya…!

“Hmm eksiden, ni mesti bawa laju ni, tak gheti-gheti dah ada AES pun merempit lagi… tula penunggang motosikal ni selalu bawak melulu bla… blah3x”

atau

“Tula pemandu perempuan ni lah selalu memandu perlahan… bla…blah..” 

jam

Payah sangat kita ni nak ulas yang baik-baik bukan…?
Huhu, sampaikan ada yang mencarut Bodoh, Bangang, Gi lah mati..

Pernah tak kita terfikir, andai kata2 kita “Gi lah Mati..” menjadi satu doa, dan asbab doa itu pelaku itu menimpa musibah yang tidak setimpal dengan kesalahannya.. Alangkah malangnya kita, menganiya dia atas kata2 kita.

4)      Dengan rakan sekerja

gossip

Bila kawan tu dinaikkan pangkat, “kaki bodek, biasalah..” atau “hmm, orang pandai cakap senang lah naik, keje lebih kurang je..”

Bila kawan offer diri  “hmm, nak tunjuk terer dan rajin lah tu”,

Bila kawan tu senang sedikit, dilabel “memang pemalas dia tu, asyik2 tengok handphone..” huhu padahal kawan tu baru je nak tengok HP setelah berjam2 menaip depan laptop..

5)      Dan para guru dengan murid2

Usah diragukan lagi dengan kata2, “Haih, kamu tu memang, kerja sekolah tak pernah siap, buku tak pernah bawa.. haih tak tau lah ada ke tak masa depan.”

image

Aduhai murobbi ganti prasangka dan gerammu dengan doa, jangan dilabel anak orang. Sedarkah kamu guru, tahun demi tahun bersamamu anak-anak ini, ia adalah amanah Allah kepadamu..? Kalau anak2 ini terus diprasangka, tuailah kelak sikap itu asbab prasangkamu, wahai guru..

Namun andai doa dan kata2 nasihat yang dititip pasti tidak rugi. Ustaz dulu-dulu memegang ubun-ubun muridnya lalu dibacakan surah Al-Insyirah, “Haa.. Ustaz dah hembus doa.. Insya Allah, syaitan atas kepala kamu yang hasut kamu jadi malas dah pergi, lepas ni kamu akan jadi rajin ya..”

6)      Lagi2 dengan budak minta derma

“hmm kalau bagi mesti sendiket…”

image

Terkesan dengan seorang sahabat saya yang berusaha meraikan suuzonnya, setiap kali berhenti di stesen minyak untuk membayar minyak, dia pasti akan membeli sekotak air untuk diberi pada budak peminta sedeqah, bila ditanya kenapa tak bagi duit je kan senang?

“Tak bagus mana pun, ini usaha untuk ubat hati saya yang prasangka, saya tak mampu bagi duit kerana berprasangka ke mana hala duit tersebut. Jadi selemah lemah iman, saya bagi air, dapat hilangkan dahaga adik tu. Bukankah Baginda Nabi s.a.w ada bersabda:

“Mana-mana orang mukmin yang memberi makan kepada seorang mukmin semasa ia lapar, nescaya Allah memberi makan kepadanya pada hari kiamat dari buah-buahan Syurga; dan mana-mana orang mukmin yang memberi minum kepada seorang mukmin semasa ia dahaga, nescaya Allah memberi minum kepadanya pada hari kiamat dari minuman syurga yang tersimpan dengan sebaik-baiknya; dan mana-mana orang mukmin yang memberi pakai kepada seorang mukmin semasa ia memerlukan pakaian, nescaya Allah memberi pakaian kepadanya dari pakaian syurga.” – Hadith Riwayat At-Tirmidzi

Allahu Allah..

7)      Seterusnya sikap kita menghadapi anak2, wahai ibu ayah

Tiba keputusan, mula kita membeza2kan antara anak2 ini dengan kawan2nya…

A

“Berapa A dapat..? Anak saya dapat 9 A” dengan bangganya… haih..

atau “Hmm jangan besarkan sangat kawan2 kamu tu, apa yang mereka boleh tolong”

Untungkah kata2 itu? Tanpa tidak kita sedari menghasut anak menjadi takabur dan berburuk sangka. Tup2, menyebar virus hasad prasangka pada zuriat.. Jangan melabelkan anak2 mu derharka pula satu hari nanti, tanpa disedari ia datang dari dosa2 mu jua..

Gantilah rasa sebal itu dengan doa “Ya Allah jadikan anakku, anak2 jiran dan kawan2nya sebagai anak yang soleh dan solehah.” Dan bila hantar ke sekolah pesan pada anak, “Cari kawan yang baik, dan jangan lupa jadi kawan yang baik juga.” Moga2 dengan doa itu, anak2 kita terpelihara dan sentiasa ada yang ingin membantu jua.

Betapa sehari2an dalam mendidik zuriat lagilah perlu basah dengan doa…

Apatah lagi terlihat lukisan tangannya yang panas2 lagi melekat kat dinding rumah, “Ya Allah anakku ini bertuah, berikan sabar dihatiku, moga besar kelak jadi arkitek yang hebat.”

Ataupun beleter kepda anak, “Kenapa tak basuh pinggan ni..?” sedangkan ayah membaca suratkhabar tidak pernah membasuh pinggan.

image

Cukup, cukup sudah, dengan marah dan letermu… Gantikan dengan kata2 doa kepada anak, “Ya Allah bersihkan hati anakku Fatima ini, sepertimana pinggan yang akan dia basuh sebentar lagi” atau “Ya Allah hadiahkan syurga yang cantik, sepertimana cantiknya bilik tidur yang akan dikemaskan sekejap lagi” Kaitkan dengan ganjaran akhirat pada setiap kerja yang kita mau anak lakukan. Menarik bukan?

Doa ini sememangnya majun (ubat) hati yang amat mujarab.

image

Bukanlah amalan berdoa ini umpamanya kita tidak ikhlas kerana semata mengharap balasan dan doa-doa dari malaikat, namun apalah kiranya ia dijadikan targhib (galakan) untuk membaikkan hati kita dalam banyak keadaan.

Bila datang je rasa marah, prasangka, hasad  segera tepuk dada, “Allahu dia saudara Islamku, Allah tetap kasih padanya walau bagaimana akhlaknya, siapalah aku untuk menghukum dirinya, moga kebaikan buatnya sentiasa, sabarkan aku akannya, dan sabarkan dia akanku juga.”

Mungkin ada berkata, kalau tak marah, bagaimana dia nak tau kesalahan. Kalau tak berprasangka, kita kena tipu, dipermain2kan orang.. Ingatlah wahaidiri, kita masih ada pilihan untuk berfikir, bertegas, menegur, menasihati, menolak tawaran dan berkata2 dengan hikmah.. Doa itukan senjata mukmin.. Malah, didoakan kebaikan untuk kita jua dari para Malaikat…

Ya Allah, moga kami tidak menyesal tatkala izrail sudah di depan mata, masa itu menjeritlah merayu dikembalikan untuk menambah pahala atau merayu ditambah masa untuk mencari orang2 yang kita telah marah, berprasangka dan berhasad dengan melulu agar dimaafkan..

Semoga diriku dan dirimu kuat dan mampu untuk memakaikan hati dengan pakaian iman, sabar, dan husnuzhon. Insya Allah, doamu ada dalam doaku jua..

image

Advertisements

UNDI lah, Jangan Tidur =)

رَبَّنَا آتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا
 
Wahai Tuhan kami… Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami. -Al-Kahfi:10

Malaysia negara kami… Ya Allah, ampunilah dosa2 kami dan rahmatilah kami, Rakyat di Negara ini…

Wahaidiri, pesanan untuk mengundi
Sila pastikan ic anda dibawa
Sila pangkah betul2
Jangan melebihi kotak yg disediakn
Sila pastikan dakwat kekal tidak kena pada kertas undi
Sila pastikan tiada yang mencurigakan pada kertas undi
Ingat undi anda rahsia

image

image

Pemburu Lailatul Qadar, Mendamba keRedhaan Allah…

Ayuh jadi pemburu…
Pemburu Lailatul Qadar, Mendamba keRedhaan Allah…

Ramadhan yang sama, natijah berbeza...
Ya Allah, bagaimana keadaan ku disisiMu Tuhan..
Nikmat manakah telah ku dustakan..

Its not too late… Ayuh tingkatkan amalan pada 10 malam terakhir dengan setulus daya usaha dan sebenar2 taubat…

Semoga tidak sia2 Ramadhan kali ini moga kita tergolong dalam orang2 yang telah memperolehi kemenangan, iaitu orang2 yang bertaqwa…

اللهم إنا نسألك رضاك والجنة ونعوذبك من سخطك والنار
اللهم إنك عفو كريم تحب العفو فاعف عنا

“Ya Allah, aku memohon daripada-Mu keredhaan-Mu dan syurga, dan aku memohon perlindungan daripada kemurkaan-Mu dan daripada azab api neraka.
Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan sentiasa memberi keampunan di atas kesalahan hamba-Mu oleh itu maafkanlah segala kesalahanku”

Taqabbalallahu Minna Wa Minkum
(Semoga Allah menerima amalan-amalan yang telah daku dan kalian lakukan)

Pejam Celik, Tahun Baru..

Tahun 2011 selamat tinggal kamu, semoga Allah sudi menerima segala amal yang berlalu bersamamu. YaAllah ampuni dosa noda yang telah terlanjur kami lakukan sepanjang usia kami yang telah berlalu, moga dengan kedatangan tahun yang baru ini mampu kami melangkah dengan kekuatan semangat dan azam untuk mengabdi diri menjadi hamba yang semakin tinggi syukurnya, semakin rendah hatinya, serta mampu membebaskan ikatan hati dari penghargaan manusia. Allahu Allah bantulah kami untuk hidup keranaMu, mencari hanya redhaMu… Berusaha semakin kuat mencintai sunnah-sunnah Rasul kekasihMU.

Berlalu kini tirai 2011,

Takziah bagi sahabat-sahabat yang telah diambil kembali insan kesayangan pinjaman Ilahi, sungguh kalian anak2 yang soleh & solehah, pastinya ayah & ibundamu kini sedang berbahagia di dalam riyadil jannah. Sedang tersenyum bangga melihat anak yang dibesar dengan jerih payah berjalan di muka bumi dengan akhlak & iman, tunduk patuh pada setiap suruhan Tuhan, maka terang benderanglah kuburan ayah bondamu wahai anak soleh & solehah, dek amal & rabitahmu yang tidak kunjung malap buat mereka!  Semoga wahaidiri & sahabat-sahabiah yang masih Allah pinjamkan ‘nikmat besar’ ini, lebih menghargai dua jasad pinjaman Allah.. Allahu..

& Alhamdulillah, Alfun Mabruk bagi sahabiah yang semakin advance status hidupmu 🙂 Selamat menjadi tunangan orang dengan ‘menjaga kuat’ syariatNYA.. Selamat mensurikan diri dihati suami.. Selamat memithalikan diri pada zuriat amanah Allahu robbi..

Bagi diri & rakan-rakan yang masih bujang-bujangan, selamat terus menyabarkan hati  😉 Sabar & yakin dalam penantian, sungguh Allah dah janjikan ‘dia’ & ‘masa’ yang paling ideal dalam pengetahuanNYA, semoga Allah meningkatkan iffah & ‘izzah dalam diri kita sepanjang penantian ‘dia’ & ‘masa’ bersejarah itu… Allahumma afrighna sobron… Amin ya Robbal Mahabbah.

Wahai sahabiah yang bergelar suri, semoga dengan kedatangan tahun baru menjadikan kamu isteri yang semakin disayangi suami, ibu yang manis lagi penyabar dalam mengendong amanah Ilahi. Ketahuilah jihadMU membesar & mendidik zuriat-zuriat wahai ibu & ayah, adalah kunci pembuka jalan kalian untuk kesyurga Ilahi. Ya Allah selamatkan keturunan & zuriat-zuriat warisan kami, selamatkan kami semua dari akhlak yang buruk, dari fitnah & maksiat yang menjadi-jadi melanda umat akhir zaman, agar terselamat kami dari bakaran api neraka, serta dari fitnah dajal yang mendakyah kepada kesesatan.

Wahai insan ayuh menjadi pendakwah dalam segenap aspek hidup. Moga hadirnya ‘ammun jadid (tahun baru) menguatkan baraan azam dijiwa untuk menjadi ‘murobbi akhirat’, tingkatkan tekad… Bayangkan dihujung sana pintu syurga sedang terbuka luas buat kalian yang hidupnya untuk memberi. Mendidik anak bangsa menjadi manusia yang kenal Tuhan, dan hidup dengan hukum PenciptaNYA.

Allahu robbuna bantulah kami mulai hari ini untuk bernafas dengan hati yang baru, hati yang dekat sungguh-sungguh gantungan tawakalnya denganMu. Jauhi kami dari dugaan, gangguan syaitan/manusia dan apa-apa sahaja yang mencacat kembali hati kami… kuatkan lah hati kami dengan iman & pergantungan yang tidak kunjung malap hanya padaMu Ilahi. Bantulah kami untuk mengunci dan meng‘islah’ lisan kami dari membuka aib sesama kami, memfitnah, mengumpat dan sebagainya. Tambahkan tautan hati kami dengan rabithah ukhuwah yang didasarkan hanya kerana Mu, agar bila pulang ke alam abadi nanti, kami masih kekal menjadi sahabat sejati hingga ke riyadil jannahMu.. Allahumma Ameen..

Perkenankanlah kami untuk mencintaiMu, segenap jiwa kami Allahu Rahman… Selagi ada denyutan nafas di bumi pinjamanMu Tuhan hingga ketemu syurga penantian yang diharapkan =)

“Senangkan dirimu untuk menyenangkan orang lain kerana syurga itu dicapai dengan memberi banyak di dunia”

– ust Pahrol & ust Hasrizal

In difficult times, Keep believing in yourself

 

 

 

There are times in life
when things are not perfect,
when problems seem to surround you.
As you look for a way through them,
it’s important to keep
a positive attitude about your life
and where you are going.
You may wonder if you’re making
the right choices.
You may wonder about how things
will turn out
if you take a different road.
But you are a strong
and motivated individual
who will rise to meet
the challenges that face you.
You are a loving and warm person
who loves life,
and you will get through
the difficult times.

– Beverley A. Chisley

 

Kerinduan yang tidak tertanggung

Bersyukurlah wahai anak2 yang diberi Allah peluang untuk tinggal di rumah, berjasa kepada ibunda.

Hargai waktu yang sebentar itu, kerana satu masa kelak pasti kita akan diuji dengan kejauhan, dihambat masa yang semakin menyempitkan. Sedangkan usia mereka semakin kepenghujung, sakit semakin menjengah setiap inci jasad mereka yang telah sehabisnya dahulu dikerah, dibanting demi membesarkan kita.

seorang ibu rela menjadi apapun ketika anak yang amat disayanginya menginginkan sesuatu..

Wahaidiri, lupakah engkau hakikat akan tiba saat ajal itu..

Adakah tika itu wahaidiri disisimu ibunda..? Seperti setianya ibunda mengamankan tangisku dulu yang ketakutan ketika lahir ke dunia,

Setiakah wahaidiri seperti ibunda, yang tidak kunjung malap menitip doa agar aman hidup anak2nya,

Dan berkat doa itulah hari ini, engkau wahaidiri bisa hidup aman dengan iman

doa ibu untuk anak2 tidak pernah terputus dari bibir

Allahu Robbuna.. Sempatkanlah untuk kami anak2 akhir zaman ini membalasi setiap jerih jasa ibunda kami.. Sebelum kami menyesal meratapi masa yang berlalu tanpa mereka disisi lagi..

ya Allah sunguh kami anak2 yang berdosa.. Ampunilah kami ya Allah, serta kasihilah ibunda kami seperti mana kasihnya mereka ke atas kami sewaktu kami kecil dahulu…

Tentera Allah…

Allahu Akbar..! Terkedu wahaidiri menyaksikan makhluk Allah ini dalam dokumentari National Geographic..

Pada mata manusia ia hanya sekawanan burung, tapi sebenarnya bersama-samanya ada misi besar, umpama ‘tentera utusan Allah’.

Allah Maha Kuasa, rupa-rupanya setiap tahun, 500 juta burung-burung spesis ini merentas di udara Palestine dari merata dunia seperti Afrika, Siberia, Germany, dan Afghanistan untuk berhijrah (migrasi)… hijrahnya BERMATLAMAT!… untuk syahid!

Sehingga kini, IAF masih berwaspada dan meneliti pergerakan ‘tentera-tentera Allah’ ini. Kegigihan tentera Israel tidak  pernah leka. Begitu juga tentera-tentera Allah, kunjungnya tidak pernah jemu, mana tidaknya sampai tertubuhnya International Center for Study of Migration di Letrun, oleh sang Israel.

Kawanan burung ini bagaikan ‘jelmaan’ Ababil dalam surah Al-Fil

Ditertawakan orang atas usahanya yang keci tapi dimata Tuhan apa sama dengan yang dinilai di mata hamba? Berkat ikhlas kerana Tuhannya usaha sang Ababil ini disebut-sebut Allah dalam Qalam AzimNya. Hasilnya nah! Meluluh lantakkan kulit-mulit Abrahah dan bala tenteranya hingga dikhabar Tuhan menjadi ka’asfim ma’kkul menggelupur bak dedaun berlubang-lubang dikunyah2 dek beluncas.

Maka wahaidiri jua sahabatku, ketuk dadamu… Adakah masih begetar Iman mu melihatkan usaha gigih hamba Allah bernama burung ini..?

Masihkah Palestin dijiwamu? Palestin itu bukankah amanahmu juga? Kelak nanti kan ditanyai Tuhan apa usaha mu buat bumi Al-Quds Palestin? Buat warganya yang kau mengaku saudara..?

Pesan Baginda s.a.w

“Dan barangsiapa yang ketika ia bangun dari tidur tanpa memikirkan urusan umat Islam, maka ia bukan dari kalangan mereka” [H.R Al-Hakim]

Maka ayuhlah, walaupun tidak setangkas burung membedil pesawat-pesawat terlaknat, Ayuhlah guna senjata doamu…!

Wajibkan sekurang-kurangnya sekali doa khusus buat Palestin dan seluruh saudara Muslim,

اللهم اعز الاسلام والمسلمين في الفلسطين، وفي الماليزيا

yaAllah muliakanlah, selamatkanlah saudara2 kami di Palestin, di Malaysia

Atau jika sudah dimurahi Allah dengan pekerjaan, peruntuklah kalau tidak banyak, sedikit pun jadi… jangan, jangan tiada… kerana ada hak saudaramu dalam rezekimu wahai insani!

Dan memboikot sehabis daya…

Palestine Milik Kita…!