Tag Archives: keampunan

Ramadhan, Hadiah Istimewa…

Ya Allah, Alhamdulillah syukur kami panjatkan, kerana doa2 kami diperkenan oleh Mu ya Tuhan… Ramadhan yang dinanti, dirindui, kini bisa didakap lagi.. Malah seminggu berlalu dengan cepat sekali…

Ya Allah, Bekalkan kami kesihatan jasmani dan iman untuk memaknakan Ramadhan buat kesekian kali hadiah istimewa dariMU dalam kehidupan kami ini…

Bukan semata-mata mahu menjadi hamba Ramadhan, sebaliknya menghambakan diri hanya untukMu wahai Tuhan penganugerah Ramadhan,  yang pada tiap saatnya tercurah magfirahMu ya Tuhan.

Moga ramadhan tahun ini ibadah yang kami lakukan bukan sekadar taatkan Mu ya Allah, bahkan  mampu kami rebranding semula dengan menjadikan:

Setiap amal kami kerana Mu, ya Allah & jua untuk mengikut sunnah Rasulullah saw…

Jom, wahaidiri, betulkan yang biasa, agar terbiasa yang betul sahaja… Kalau sebelumni payah benar bangun sahur, moga tahun ini tidak lagi, kerana wahaidiri fahamilah ianya sunnah warisan NabiMu.

Moga Ramadhan kita kali ini begemerlapan dengan sunnah Rasulullah yang kita sinergikan dalam sekecil-kecil aktiviti harian kita, bermula dari celiknya mata di sepertiga malam sehingga pejam semula untuk kematian yang sementara. Moga-moga kalaupun esok tidak dibangkit lagi dari tidur malam tadi, mudah-mudahan kembali dalam dakapan kasih Allah & Rasulullah saw…

Selamat memaknakan Ramadhan wahaidiri & sahabat sahabiah filLAH, moga dakapan kali  ini penuh kasih hingga menatijah taqwa dihati… membenteng diri untuk tidak durhaka pada Tuhan lagi… seterusnya menggebu mahabbah pada Rasulullah saw…

“Barangsiapa berpegang teguh pada sunnahku dikala rosaknya umatku, maka baginya pahala seorang yang mati syahid.” (HR. Thabrani)

Buat sahabat-sahabiah yang menghadapi ujian kehidupan Ramadhan ini, semoga Allah membesarkan kesabaran dan pandang lah ia dengan hikmah… Allah nak hadiah Ramadhan terbaik buat tahun ini… Insya Allah 🙂 Maknakan ia dengan gandaan ibadah, nafsiah dan birwalidain…

‘Wahai Allah, Ramadhan telah berlalu hari demi hari, terimalah puasa dan ibadah kami… Wahai Allah ampuni segala dosa-dosa kami…
Ampunilah ya Allah, segala janji dan taubat yang telah kami mungkiri… Ampunilah yaAllah, segala nikmatMU yang tidak kami syukuri…
Ampunilah ya Allah, segala amanah yang telah kami khianati…
Ampunilah yaAllah, segala ujian dan musibahMu yang tidak kami sabari…
Ampunilah yaAllah, segala perkataan dan amalan yang tidak kami jadikan Engkau sebagai matlamat di hati…
Ya Allah moga Ramadhan kali ini kami diberi kekuatan olehMU untuk semakin mentaatiMu, mengqudwah gaya hidup RasulMu, moga taubat dan ketaatan kami di bulan Ramadhan MU ini bisa kami istiqamahkan sehingga ketemu lagi Ramadhan tahun hadapan’.

Advertisements

Pejam Celik, Tahun Baru..

Tahun 2011 selamat tinggal kamu, semoga Allah sudi menerima segala amal yang berlalu bersamamu. YaAllah ampuni dosa noda yang telah terlanjur kami lakukan sepanjang usia kami yang telah berlalu, moga dengan kedatangan tahun yang baru ini mampu kami melangkah dengan kekuatan semangat dan azam untuk mengabdi diri menjadi hamba yang semakin tinggi syukurnya, semakin rendah hatinya, serta mampu membebaskan ikatan hati dari penghargaan manusia. Allahu Allah bantulah kami untuk hidup keranaMu, mencari hanya redhaMu… Berusaha semakin kuat mencintai sunnah-sunnah Rasul kekasihMU.

Berlalu kini tirai 2011,

Takziah bagi sahabat-sahabat yang telah diambil kembali insan kesayangan pinjaman Ilahi, sungguh kalian anak2 yang soleh & solehah, pastinya ayah & ibundamu kini sedang berbahagia di dalam riyadil jannah. Sedang tersenyum bangga melihat anak yang dibesar dengan jerih payah berjalan di muka bumi dengan akhlak & iman, tunduk patuh pada setiap suruhan Tuhan, maka terang benderanglah kuburan ayah bondamu wahai anak soleh & solehah, dek amal & rabitahmu yang tidak kunjung malap buat mereka!  Semoga wahaidiri & sahabat-sahabiah yang masih Allah pinjamkan ‘nikmat besar’ ini, lebih menghargai dua jasad pinjaman Allah.. Allahu..

& Alhamdulillah, Alfun Mabruk bagi sahabiah yang semakin advance status hidupmu 🙂 Selamat menjadi tunangan orang dengan ‘menjaga kuat’ syariatNYA.. Selamat mensurikan diri dihati suami.. Selamat memithalikan diri pada zuriat amanah Allahu robbi..

Bagi diri & rakan-rakan yang masih bujang-bujangan, selamat terus menyabarkan hati  😉 Sabar & yakin dalam penantian, sungguh Allah dah janjikan ‘dia’ & ‘masa’ yang paling ideal dalam pengetahuanNYA, semoga Allah meningkatkan iffah & ‘izzah dalam diri kita sepanjang penantian ‘dia’ & ‘masa’ bersejarah itu… Allahumma afrighna sobron… Amin ya Robbal Mahabbah.

Wahai sahabiah yang bergelar suri, semoga dengan kedatangan tahun baru menjadikan kamu isteri yang semakin disayangi suami, ibu yang manis lagi penyabar dalam mengendong amanah Ilahi. Ketahuilah jihadMU membesar & mendidik zuriat-zuriat wahai ibu & ayah, adalah kunci pembuka jalan kalian untuk kesyurga Ilahi. Ya Allah selamatkan keturunan & zuriat-zuriat warisan kami, selamatkan kami semua dari akhlak yang buruk, dari fitnah & maksiat yang menjadi-jadi melanda umat akhir zaman, agar terselamat kami dari bakaran api neraka, serta dari fitnah dajal yang mendakyah kepada kesesatan.

Wahai insan ayuh menjadi pendakwah dalam segenap aspek hidup. Moga hadirnya ‘ammun jadid (tahun baru) menguatkan baraan azam dijiwa untuk menjadi ‘murobbi akhirat’, tingkatkan tekad… Bayangkan dihujung sana pintu syurga sedang terbuka luas buat kalian yang hidupnya untuk memberi. Mendidik anak bangsa menjadi manusia yang kenal Tuhan, dan hidup dengan hukum PenciptaNYA.

Allahu robbuna bantulah kami mulai hari ini untuk bernafas dengan hati yang baru, hati yang dekat sungguh-sungguh gantungan tawakalnya denganMu. Jauhi kami dari dugaan, gangguan syaitan/manusia dan apa-apa sahaja yang mencacat kembali hati kami… kuatkan lah hati kami dengan iman & pergantungan yang tidak kunjung malap hanya padaMu Ilahi. Bantulah kami untuk mengunci dan meng‘islah’ lisan kami dari membuka aib sesama kami, memfitnah, mengumpat dan sebagainya. Tambahkan tautan hati kami dengan rabithah ukhuwah yang didasarkan hanya kerana Mu, agar bila pulang ke alam abadi nanti, kami masih kekal menjadi sahabat sejati hingga ke riyadil jannahMu.. Allahumma Ameen..

Perkenankanlah kami untuk mencintaiMu, segenap jiwa kami Allahu Rahman… Selagi ada denyutan nafas di bumi pinjamanMu Tuhan hingga ketemu syurga penantian yang diharapkan =)

“Senangkan dirimu untuk menyenangkan orang lain kerana syurga itu dicapai dengan memberi banyak di dunia”

– ust Pahrol & ust Hasrizal