Tag Archives: niat

Insya Allah, ada doa-mu dalam doa-ku…

Wahaidiri, doamu yang kutagih… (Another perspective: Mengubati hati yang lagha)

image

Daripada Abu Darda’ r.a, Rasulullah s.a.w bersabda:

“Doa seorang muslim kepda saudara muslimnya secara ghaib (tanpa pengetahuan saudaranya) adalah mustajab (diterima), disisi kepalanya malaikat yang diutus Allah setiap kali dia mendoakan saudara muslimnya dengan doa yang baik, dan berkatalah malaikat itu, “Ameen, engkau juga beroleh manfaat yang sama.” (Hadith Riwayat Muslim)

Kalau ditanya pastinya ramai pernah dengar akan titipan Rasulullah s.a.w yang satu ni. Namun adakah sudah kita mengambil ‘ibrah dan memanfaatkannya dalam kehidupan seharian2 kita? Nah melantun terus kehidung yang bertanya… adeh..

Betapa lemahnya hati kita bergelar manusia, melalui hari-hari dengan pelbagai rencah dan ragam manusia. Natijahnya memekar dijiwa virus-virus prasangka, hasad dengki, merantai kuat di hati kita.. buktinya… jom kita selami situasi2 ini..

1)      Andai didatangi jurujual (salesman)

“Kak produk ni baik punya, kalau makan boleh blah30x…”.

salesman

Sememangnya sedikit wasangka wajar sebagai langkah berhati-hati agar tidak sewenangnya tertipu. Namun alangkah indah dihujung wasangka itu disulami dengan sedikit cebis doa..

Pernahkah terfikir andai ditukar Allah duduknya kita dengan dirinya..? Menebalkan muka mencari rezeki yang halal…

Maka, titipkanlah dengan doa “yaAllah bukakan jalan rezeki saudari seagamaku ini, jujurkan dia dalam kerjanya..”

Nah kalau kebetulan selepas doa spontan darimu, ada yang datang membeli dan manfaat dari barang jualanya, Masya Allah.. gampang (senang) bukan?

Boleh dipraktikan dengan mak cik kat pasar…

image

Jadi doakan agar dibuka pintu rezekinya, alangkah indah andai habis terjual sayur-sayurannya tersebut antara asbabnya adalah kerana doa sepintas lalumu tadi. Wah gratis lho (percuma bukan?)..

2)      Di muka depan akhbar, ‘Lagi gadis Malaya dilarikan cowok Lombok’

Haih ini berlaku terutama seusai menonton berita isu jenayah, politik ataupun sensasi gossip yang kita tidak ketahui hujung pangkal kisah sebenarnya.

news

hmm belum dibicara habis lagi kita sudah menjadi pengulas atau hakim profesional…!

“Hah ini lah perempuan Melayu, tak fikir mak ayah, kerana kasih hamba turutkan.. inilah bahananya blah300x…” dan banyak lagi versi pengulas…

Namun pernah tak terfikir si gadis ini, ada kemungkinan dia teraniaya pada awalnya, mungkin dia dipukau atau diculik, diberi air pelali, kemudian diambil gambar auratnya tanpa izin, kemudian pengakhirnya diugut dan terpaksa lari ke Lombok, demi menyelamatkan maruahnya yang dicuri secara haram tanpa rela…?

Namun biasanya kita akan pukul rata dalam menghukum…

Awas andai kometar kita tidak benar, dosanya umpama memfitnah…! “Fitnah itu lebih besar (dosanya) daripada membunuh.” (Al-Baqarah:191)

Bukankah lagi menyejukkan “yaAllah gadis ini sebangsa denganku, dia punya ayah dan ibu yang pastinya kini teramat bimbang perihal anak gadisnya, ampunkan khilafnya, kembalikan dia pada keluarganya, peliharakan maruah dan agamanya”

Haih, Sudah tidak membantu bahkan membatu api2kan..!

3)      Apatahlagi di jalan raya…!

“Hmm eksiden, ni mesti bawa laju ni, tak gheti-gheti dah ada AES pun merempit lagi… tula penunggang motosikal ni selalu bawak melulu bla… blah3x”

atau

“Tula pemandu perempuan ni lah selalu memandu perlahan… bla…blah..” 

jam

Payah sangat kita ni nak ulas yang baik-baik bukan…?
Huhu, sampaikan ada yang mencarut Bodoh, Bangang, Gi lah mati..

Pernah tak kita terfikir, andai kata2 kita “Gi lah Mati..” menjadi satu doa, dan asbab doa itu pelaku itu menimpa musibah yang tidak setimpal dengan kesalahannya.. Alangkah malangnya kita, menganiya dia atas kata2 kita.

4)      Dengan rakan sekerja

gossip

Bila kawan tu dinaikkan pangkat, “kaki bodek, biasalah..” atau “hmm, orang pandai cakap senang lah naik, keje lebih kurang je..”

Bila kawan offer diri  “hmm, nak tunjuk terer dan rajin lah tu”,

Bila kawan tu senang sedikit, dilabel “memang pemalas dia tu, asyik2 tengok handphone..” huhu padahal kawan tu baru je nak tengok HP setelah berjam2 menaip depan laptop..

5)      Dan para guru dengan murid2

Usah diragukan lagi dengan kata2, “Haih, kamu tu memang, kerja sekolah tak pernah siap, buku tak pernah bawa.. haih tak tau lah ada ke tak masa depan.”

image

Aduhai murobbi ganti prasangka dan gerammu dengan doa, jangan dilabel anak orang. Sedarkah kamu guru, tahun demi tahun bersamamu anak-anak ini, ia adalah amanah Allah kepadamu..? Kalau anak2 ini terus diprasangka, tuailah kelak sikap itu asbab prasangkamu, wahai guru..

Namun andai doa dan kata2 nasihat yang dititip pasti tidak rugi. Ustaz dulu-dulu memegang ubun-ubun muridnya lalu dibacakan surah Al-Insyirah, “Haa.. Ustaz dah hembus doa.. Insya Allah, syaitan atas kepala kamu yang hasut kamu jadi malas dah pergi, lepas ni kamu akan jadi rajin ya..”

6)      Lagi2 dengan budak minta derma

“hmm kalau bagi mesti sendiket…”

image

Terkesan dengan seorang sahabat saya yang berusaha meraikan suuzonnya, setiap kali berhenti di stesen minyak untuk membayar minyak, dia pasti akan membeli sekotak air untuk diberi pada budak peminta sedeqah, bila ditanya kenapa tak bagi duit je kan senang?

“Tak bagus mana pun, ini usaha untuk ubat hati saya yang prasangka, saya tak mampu bagi duit kerana berprasangka ke mana hala duit tersebut. Jadi selemah lemah iman, saya bagi air, dapat hilangkan dahaga adik tu. Bukankah Baginda Nabi s.a.w ada bersabda:

“Mana-mana orang mukmin yang memberi makan kepada seorang mukmin semasa ia lapar, nescaya Allah memberi makan kepadanya pada hari kiamat dari buah-buahan Syurga; dan mana-mana orang mukmin yang memberi minum kepada seorang mukmin semasa ia dahaga, nescaya Allah memberi minum kepadanya pada hari kiamat dari minuman syurga yang tersimpan dengan sebaik-baiknya; dan mana-mana orang mukmin yang memberi pakai kepada seorang mukmin semasa ia memerlukan pakaian, nescaya Allah memberi pakaian kepadanya dari pakaian syurga.” – Hadith Riwayat At-Tirmidzi

Allahu Allah..

7)      Seterusnya sikap kita menghadapi anak2, wahai ibu ayah

Tiba keputusan, mula kita membeza2kan antara anak2 ini dengan kawan2nya…

A

“Berapa A dapat..? Anak saya dapat 9 A” dengan bangganya… haih..

atau “Hmm jangan besarkan sangat kawan2 kamu tu, apa yang mereka boleh tolong”

Untungkah kata2 itu? Tanpa tidak kita sedari menghasut anak menjadi takabur dan berburuk sangka. Tup2, menyebar virus hasad prasangka pada zuriat.. Jangan melabelkan anak2 mu derharka pula satu hari nanti, tanpa disedari ia datang dari dosa2 mu jua..

Gantilah rasa sebal itu dengan doa “Ya Allah jadikan anakku, anak2 jiran dan kawan2nya sebagai anak yang soleh dan solehah.” Dan bila hantar ke sekolah pesan pada anak, “Cari kawan yang baik, dan jangan lupa jadi kawan yang baik juga.” Moga2 dengan doa itu, anak2 kita terpelihara dan sentiasa ada yang ingin membantu jua.

Betapa sehari2an dalam mendidik zuriat lagilah perlu basah dengan doa…

Apatah lagi terlihat lukisan tangannya yang panas2 lagi melekat kat dinding rumah, “Ya Allah anakku ini bertuah, berikan sabar dihatiku, moga besar kelak jadi arkitek yang hebat.”

Ataupun beleter kepda anak, “Kenapa tak basuh pinggan ni..?” sedangkan ayah membaca suratkhabar tidak pernah membasuh pinggan.

image

Cukup, cukup sudah, dengan marah dan letermu… Gantikan dengan kata2 doa kepada anak, “Ya Allah bersihkan hati anakku Fatima ini, sepertimana pinggan yang akan dia basuh sebentar lagi” atau “Ya Allah hadiahkan syurga yang cantik, sepertimana cantiknya bilik tidur yang akan dikemaskan sekejap lagi” Kaitkan dengan ganjaran akhirat pada setiap kerja yang kita mau anak lakukan. Menarik bukan?

Doa ini sememangnya majun (ubat) hati yang amat mujarab.

image

Bukanlah amalan berdoa ini umpamanya kita tidak ikhlas kerana semata mengharap balasan dan doa-doa dari malaikat, namun apalah kiranya ia dijadikan targhib (galakan) untuk membaikkan hati kita dalam banyak keadaan.

Bila datang je rasa marah, prasangka, hasad  segera tepuk dada, “Allahu dia saudara Islamku, Allah tetap kasih padanya walau bagaimana akhlaknya, siapalah aku untuk menghukum dirinya, moga kebaikan buatnya sentiasa, sabarkan aku akannya, dan sabarkan dia akanku juga.”

Mungkin ada berkata, kalau tak marah, bagaimana dia nak tau kesalahan. Kalau tak berprasangka, kita kena tipu, dipermain2kan orang.. Ingatlah wahaidiri, kita masih ada pilihan untuk berfikir, bertegas, menegur, menasihati, menolak tawaran dan berkata2 dengan hikmah.. Doa itukan senjata mukmin.. Malah, didoakan kebaikan untuk kita jua dari para Malaikat…

Ya Allah, moga kami tidak menyesal tatkala izrail sudah di depan mata, masa itu menjeritlah merayu dikembalikan untuk menambah pahala atau merayu ditambah masa untuk mencari orang2 yang kita telah marah, berprasangka dan berhasad dengan melulu agar dimaafkan..

Semoga diriku dan dirimu kuat dan mampu untuk memakaikan hati dengan pakaian iman, sabar, dan husnuzhon. Insya Allah, doamu ada dalam doaku jua..

image

Advertisements