Tag Archives: Ramadhan

Ramadhan, Hadiah Istimewa…

Ya Allah, Alhamdulillah syukur kami panjatkan, kerana doa2 kami diperkenan oleh Mu ya Tuhan… Ramadhan yang dinanti, dirindui, kini bisa didakap lagi.. Malah seminggu berlalu dengan cepat sekali…

Ya Allah, Bekalkan kami kesihatan jasmani dan iman untuk memaknakan Ramadhan buat kesekian kali hadiah istimewa dariMU dalam kehidupan kami ini…

Bukan semata-mata mahu menjadi hamba Ramadhan, sebaliknya menghambakan diri hanya untukMu wahai Tuhan penganugerah Ramadhan,  yang pada tiap saatnya tercurah magfirahMu ya Tuhan.

Moga ramadhan tahun ini ibadah yang kami lakukan bukan sekadar taatkan Mu ya Allah, bahkan  mampu kami rebranding semula dengan menjadikan:

Setiap amal kami kerana Mu, ya Allah & jua untuk mengikut sunnah Rasulullah saw…

Jom, wahaidiri, betulkan yang biasa, agar terbiasa yang betul sahaja… Kalau sebelumni payah benar bangun sahur, moga tahun ini tidak lagi, kerana wahaidiri fahamilah ianya sunnah warisan NabiMu.

Moga Ramadhan kita kali ini begemerlapan dengan sunnah Rasulullah yang kita sinergikan dalam sekecil-kecil aktiviti harian kita, bermula dari celiknya mata di sepertiga malam sehingga pejam semula untuk kematian yang sementara. Moga-moga kalaupun esok tidak dibangkit lagi dari tidur malam tadi, mudah-mudahan kembali dalam dakapan kasih Allah & Rasulullah saw…

Selamat memaknakan Ramadhan wahaidiri & sahabat sahabiah filLAH, moga dakapan kali  ini penuh kasih hingga menatijah taqwa dihati… membenteng diri untuk tidak durhaka pada Tuhan lagi… seterusnya menggebu mahabbah pada Rasulullah saw…

“Barangsiapa berpegang teguh pada sunnahku dikala rosaknya umatku, maka baginya pahala seorang yang mati syahid.” (HR. Thabrani)

Buat sahabat-sahabiah yang menghadapi ujian kehidupan Ramadhan ini, semoga Allah membesarkan kesabaran dan pandang lah ia dengan hikmah… Allah nak hadiah Ramadhan terbaik buat tahun ini… Insya Allah 🙂 Maknakan ia dengan gandaan ibadah, nafsiah dan birwalidain…

‘Wahai Allah, Ramadhan telah berlalu hari demi hari, terimalah puasa dan ibadah kami… Wahai Allah ampuni segala dosa-dosa kami…
Ampunilah ya Allah, segala janji dan taubat yang telah kami mungkiri… Ampunilah yaAllah, segala nikmatMU yang tidak kami syukuri…
Ampunilah ya Allah, segala amanah yang telah kami khianati…
Ampunilah yaAllah, segala ujian dan musibahMu yang tidak kami sabari…
Ampunilah yaAllah, segala perkataan dan amalan yang tidak kami jadikan Engkau sebagai matlamat di hati…
Ya Allah moga Ramadhan kali ini kami diberi kekuatan olehMU untuk semakin mentaatiMu, mengqudwah gaya hidup RasulMu, moga taubat dan ketaatan kami di bulan Ramadhan MU ini bisa kami istiqamahkan sehingga ketemu lagi Ramadhan tahun hadapan’.

Advertisements

Ramadhan ku Rindui… Beramal setiap masa..!

Hari ini :
Countdown:

Muhasabah 1 Syawal

 

 

 

 

 

Alhamdulillah wa syukurillah.. syukron kathiro..

Ramai antara kita berjaya dengan cemerlang menawan nafsu tatkala melalui Ramadhan.. Allahu jinaknya hati dengan masjid, ringan nya lisan mentartil dan mentadabbur bermuka2 surat sehari2an, cekal mengusir ngantuk untuk bangkit qiyam di sepertiga malam, ringan tangan menghulurkan sedeqah, lidah otomatik takut mencetus dosa, mata segera tertunduk malu terlihat maksiat hati sentiada dihiasi sabar husnuzon dan syukur..

Allahu kini Ramadhan sudah pergi… Pergi meninggalkan kami.. Wahaidiri, jangalah dikau menjadi hamba kepada Ramadhan..! Kerana Ramadhan kini telah pergi meninggalkan mu tanpa janji untuk pulang kembali…

Sebaliknya wahaidiri jadilah dikau hamba kepada Tuhan yang dengan Maha Pemurahnya yang menghadiahkan mu Ramadhan… Hanya Dialah Tuhan yang Maha Kekal lagi Abadan..

Siapa yang beriman dengan Ramadhan, maka sesungguhnya Ramadhan telah pergi. Sesiapa yang beriman kepada Allah, maka Allah sentiasa ada untuk menjaganya.

Sembahlah Dia dengan taqwa yang dikau tempah dan gilap melalui madrasah Ramadhan… Agar syaitan yang baru terlepas dari belenggunya tidak merdeka kerana SIAPA DIRIMU wahaidiri… Ramadhan adalah pengukur kemenangan sejati…

“Laisa ‘eid liman labisal jaded, walakin ‘eid liman khofa yaumal wa’ied”

Bukanlah hari raya bagi sesiapa yang hanya memakai pakaian yang baru, sebaliknya hari raya itu adalah bagi hamba yang takutkan hari  kembalinya menghadap Tuhan..

Salam ‘eidul fitri buat sahabat2 fillah sekalian,

Taqobbalallahu minna wa minkum taqobbal ya kareem..

Mohon salah silap ku sudi dimaafkan..

Kembara Ramadhan, Syoknya Ramadhan :)

Syoknya Ramadhan adalah apabila bersama-sama sahabat2 dan keluarga mencari Redha Allah di Rumah Nya 🙂 Subhanallah, nikmat nya kasih demi Mu Ya Allah… Nikmat tenang terasa dihati… Ya Allah, kekalkan ketenangan ini dalam hati2 kami, istiqomahkan kami…

Dan syoknya Ramadhan adalah apabila rumah2 Allah sangat meriah dengan orang2 beriman, poster2 Ihya Ramadhan, alunan merdu Al-Quran, mahabbah bersama jiran2… Sejuk hati memandang…

Allah sebaik2 pendengar dan tempat mengadu... -Handbill @Masjid UIAM

Perintah Allah adalah hanya untuk kebaikan semua... Muhasabah Ramadhan.. -Poster @Masjid UIAM

Subhanallah Cantik... Jom Solat... Maka berlumba2 lah menuju kebaikan...!

Tertarik dengan papan tanda tersebut yang diambil di Masjid Jame' Kajang.. Insya Allah, pada perokok2 tegar, yakin lah dengan Ramadhan anda mampu mentransfromasi diri..!

Pengujung Masjid Negeri Shah Alam beritikaf mencari tempat masing2 untuk bertaddabur dengan Al-Quran.. Subhanallah.. Ihya’ Al-Quran..!

Wahaidiri, Ayuh Hidupkan Ramadhan, Hidupkan Al-Quran…

10 Malam Terakhir Telah Tiba.. Ya Allah, temukan kami dengan Lailatul Qadar..

Ujian Keimanan

Tarbiyah Ramadhan membawa seribu makna… Jiwa diuji dengan pelbagai suka dan duka… Semua nya untuk menguji tahap keimanan kita…

Betapa banyak orang yang berpuasa, tapi mereka tidak mendapatkan apa-apa dari puasanya itu kecuali lapar dan dahaga” [HR. Ahmad]

 Ya Allah, layak kah wahaidiri mendapat redha mu…

Tatkala diuji dengan kesenangan, wahaidiri telah hanyut dalam lautan duniawi

Tatkala diuji dengan kesusahan, wahaidiri  telah hanyut dalam lautan mencaci

Tatkala diuji dengan masa lapang, wahaidiri telah hanyut dalam lautan kelalaian

Tatkala diuji dengan kesibukan, wahaidiri telah hanyut dalam lautan sendirian ..

Tatkala diuji dengan kemewahan, wahaidiri telah hanyut dalam lautan pembaziran

Tatkala diuji dengan kesempitan, wahaidiri telah hanyut dalam lautan rungutan

Tatkala diuji dengan cinta manusia,wahaidiri telah hanyut dalam kealpaan..

Ya Allah, Selamatkan Kami daripada Hanyut dalam Lautan Keduniaan

Ya Allah…

meski ku rapuh dalam langkah,
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa,
hanyalah padaMu…

Maafkanlah bila hati,
tak sempurna mencintai Mu…
dalam dadaku harap hanya,
diri Mu yang bertahta..

detik waktu terus berlalu,
semua berakhir padaMu, ya Allah…

–  Rapuh: Opick

Ya Allah, Engkau Maha Pengampun dan Engkau sukakan pengampunan, ampunilah daku…

Maafkan daku…

Wahai Allah, betapa Engkau setia di sisi dikala senang dan susah ku… Sesungguhnya Kau mengetahui segala di daratan dan di lautan, dan tiada sehelai daun pun yang gugur melainkan semuanya dalam pengetahuan dan ilmu Mu…

Dan sesungguhnya Kau tau apa yang sarat terkandung di isi hatiku… Dengan mengingati Mu, ya Allah… Ku yakin, Wahaidiri akan menjadi tenang…

Semoga wahaidiri semakin tabah selepas Ramadhan yang berbaki ini… Semoga wahaidiri dalam naungan redha Mu…

Insya Allah, ya Rahman… Wahaidiri akan terus berusaha melaksanakan perintah-perintah Mu di dunia untuk akhirat demi untuk menemui Mu dengan penuh kecintaan… Sesungguhnya tiada daya dan upaya ku kecuali dengan pertolongan Mu, ya Rahim..

Lakarkan Sejarah Diri – Transformasi Ramadhan :)

… Apa yang istimewa pada wanita ini..?
Kalau hari ini aku dipanggil Tuhan,
Apa je yang istimewa yang ada padaku untuk mampu ku cagar meraih rahmat maghfirah Tuhanku?

..Allahu inni dhoif..

Ayuh istimewakan dirimu dimata TuhanMU…
Dengan amal yang sedikit, tapi penuh istiqamah
Agar nanti ketika dijemput Tuhan akan dikhabar para malaikat
“Si fulanah inilah wanita yang hidupnya biasa2 dimata manusia..
Tetapi dikeseorangan takala berdua dengan Tuhanya.. dia luarbiasa”

Ayuh cipta hikayat sejarahmu..
Sungguh apa yang istimewa pada wanita itu?
Biarlah rahsia antara kamu & Tuhan mu =)

Selamat mengistimewakan dirimu disisi pandang Tuhan mu, wahaidiri..

~Transformasi Ramadhan~

Ku Rindu padamu, Ya Ramadhan…

Allahu Allah, keluarkanlah dunia dari hati kami, letih sungguh mengejar dunia sehari2 sedangkan kami sedar negeri akhirat itu yang abadi..
Allahu igfirlana..
                                                                                                  .
Rasulullah s.a.w bersabda:
Betapa banyak orang yang berpuasa, tapi mereka tidak mendapatkan apa-apa dari puasanya itu kecuali lapar dan dahaga” [HR. Ahmad]