Tag Archives: suami

Hidayah Baju Baby…

Jualan murah baju baby, walaupun takde nak beli untuk anak, fitrahnya perempuan pasti tertarik walau cukup hanya untuk mencuci mata 🙂

Asyik memilih dan membanding harga tiba-tiba bola mata tertancap pada sesusuk tubuh yang amat dikenali zaman mengaji dulu, tapi “sudah tukar!”.. Eh, Mata yang melihat yang rabun atau realiti ni? terdetik dihati..

Dia yang kami kenali dulu gadis manis yang sangat simple , sempoi, dengan seluar legging dan tudung lilit ularnya, itulah uniformnya sehari-harian.. tak pernah terfikirlah untuk dia jadi serperti dia yang ku lihat kini. Manis bertudung Ariani, litup melepasi had wajib, kasual berblaus longgar dan berSTOKIN!.. Puji bagi Allah.

Selangkah derap kaki mendekat padanya,

“Assalammu’alaikum, erk..ni Ulin Nuha’ ke?”
(nama samaran: tengah obsess dengan kalimat ni, Ulin Nuha’: Kebijaksanaan)

Tak sempat salam bersambut, tangannya pantas dulu mencecah pipi.

“Adus Ulin!, memang sah kau Ulin..!”

Ukhwah bersemi kembali..

“Ulin macammana boleh tukar?” terkeluar juga soalan yang sedari tidak menyenak di hati.
“Super power Cik husband ke? Hee..” coverline..

Soalan dijawab dengan senyuman, tangan kananku ditarik lembut ke lambungnya..

“Kerana Allah mengizinkan ada nadi lain yang berdenyut di sini… dia yang memberi superkuat untuk ibu dia yang sangat nakal ni untuk berubah”.

“Baby yang hari-hari bagi power untuk aku jadi semakin baik, semakin kuat semangat”.

“Aku tak nak bila dia keluar nanti dia melihat ibunya wanita yang masih biasa-biasa lalai dalam ketaatan pada Tuhannya”.

Allahuakbar.. terjeda seketika.. sungguh hidayah milik Allah, jalannya pelbagai wadah..

Sedikit kisah lama bingkisan buat sahabat2 habiybati (ku kasihi) yang kini dianugerah Allah dengan salah satu ‘nikmat yang amat besar ‘dalam hikayat hidup sebagai seorang wanita.

“Kuatlah Wahai ibu, agar yang dirahimmu itu membesar kelak menjadi mukmin/mukminah yang taatkan Allah sebagai Tuhannya, dan Nabi Muhammad qudwah sepanjang hayatnya… Segalanya bermula dari kamu wahai ibu yang kuat!…”

Moga Islam & Iman yang diwaris walidain (ibu ayah) buat kita, mampu untuk kita wariskan dalam qolbu dan tiap gerak laku zuriat yang sedang menghitung hari untuk melihat dunia ini.. untuk melihat Ummi & Abinya yang kuat dan taat!

Ya Allah saksikanlah ketaatan insan2 ini, semoga syurga sahaja layak tempat pulangnya mereka…

Selamat Hari Ibu & Bakal Ibu =)

Advertisements

Pejam Celik, Tahun Baru..

Tahun 2011 selamat tinggal kamu, semoga Allah sudi menerima segala amal yang berlalu bersamamu. YaAllah ampuni dosa noda yang telah terlanjur kami lakukan sepanjang usia kami yang telah berlalu, moga dengan kedatangan tahun yang baru ini mampu kami melangkah dengan kekuatan semangat dan azam untuk mengabdi diri menjadi hamba yang semakin tinggi syukurnya, semakin rendah hatinya, serta mampu membebaskan ikatan hati dari penghargaan manusia. Allahu Allah bantulah kami untuk hidup keranaMu, mencari hanya redhaMu… Berusaha semakin kuat mencintai sunnah-sunnah Rasul kekasihMU.

Berlalu kini tirai 2011,

Takziah bagi sahabat-sahabat yang telah diambil kembali insan kesayangan pinjaman Ilahi, sungguh kalian anak2 yang soleh & solehah, pastinya ayah & ibundamu kini sedang berbahagia di dalam riyadil jannah. Sedang tersenyum bangga melihat anak yang dibesar dengan jerih payah berjalan di muka bumi dengan akhlak & iman, tunduk patuh pada setiap suruhan Tuhan, maka terang benderanglah kuburan ayah bondamu wahai anak soleh & solehah, dek amal & rabitahmu yang tidak kunjung malap buat mereka!  Semoga wahaidiri & sahabat-sahabiah yang masih Allah pinjamkan ‘nikmat besar’ ini, lebih menghargai dua jasad pinjaman Allah.. Allahu..

& Alhamdulillah, Alfun Mabruk bagi sahabiah yang semakin advance status hidupmu 🙂 Selamat menjadi tunangan orang dengan ‘menjaga kuat’ syariatNYA.. Selamat mensurikan diri dihati suami.. Selamat memithalikan diri pada zuriat amanah Allahu robbi..

Bagi diri & rakan-rakan yang masih bujang-bujangan, selamat terus menyabarkan hati  😉 Sabar & yakin dalam penantian, sungguh Allah dah janjikan ‘dia’ & ‘masa’ yang paling ideal dalam pengetahuanNYA, semoga Allah meningkatkan iffah & ‘izzah dalam diri kita sepanjang penantian ‘dia’ & ‘masa’ bersejarah itu… Allahumma afrighna sobron… Amin ya Robbal Mahabbah.

Wahai sahabiah yang bergelar suri, semoga dengan kedatangan tahun baru menjadikan kamu isteri yang semakin disayangi suami, ibu yang manis lagi penyabar dalam mengendong amanah Ilahi. Ketahuilah jihadMU membesar & mendidik zuriat-zuriat wahai ibu & ayah, adalah kunci pembuka jalan kalian untuk kesyurga Ilahi. Ya Allah selamatkan keturunan & zuriat-zuriat warisan kami, selamatkan kami semua dari akhlak yang buruk, dari fitnah & maksiat yang menjadi-jadi melanda umat akhir zaman, agar terselamat kami dari bakaran api neraka, serta dari fitnah dajal yang mendakyah kepada kesesatan.

Wahai insan ayuh menjadi pendakwah dalam segenap aspek hidup. Moga hadirnya ‘ammun jadid (tahun baru) menguatkan baraan azam dijiwa untuk menjadi ‘murobbi akhirat’, tingkatkan tekad… Bayangkan dihujung sana pintu syurga sedang terbuka luas buat kalian yang hidupnya untuk memberi. Mendidik anak bangsa menjadi manusia yang kenal Tuhan, dan hidup dengan hukum PenciptaNYA.

Allahu robbuna bantulah kami mulai hari ini untuk bernafas dengan hati yang baru, hati yang dekat sungguh-sungguh gantungan tawakalnya denganMu. Jauhi kami dari dugaan, gangguan syaitan/manusia dan apa-apa sahaja yang mencacat kembali hati kami… kuatkan lah hati kami dengan iman & pergantungan yang tidak kunjung malap hanya padaMu Ilahi. Bantulah kami untuk mengunci dan meng‘islah’ lisan kami dari membuka aib sesama kami, memfitnah, mengumpat dan sebagainya. Tambahkan tautan hati kami dengan rabithah ukhuwah yang didasarkan hanya kerana Mu, agar bila pulang ke alam abadi nanti, kami masih kekal menjadi sahabat sejati hingga ke riyadil jannahMu.. Allahumma Ameen..

Perkenankanlah kami untuk mencintaiMu, segenap jiwa kami Allahu Rahman… Selagi ada denyutan nafas di bumi pinjamanMu Tuhan hingga ketemu syurga penantian yang diharapkan =)

“Senangkan dirimu untuk menyenangkan orang lain kerana syurga itu dicapai dengan memberi banyak di dunia”

– ust Pahrol & ust Hasrizal